+ cerita-cerita +

+ cerita-cerita +

Assalamualaikum.... Hari ni sye nak bercerita-cerita. Maklumlah, lepas kelahiran baby hari tu, dah terus tak update. Bukan apa, hidup dah totally different dari time takde baby dulu. Tapi Alhamdulillah, rasanye sye dah dapat adapt dengan kehidupan baru ni. kehidupan yang lebih meletihkan tapi exciting yang amat. So, cerita sye kena la dibahagi2kan ikut kategorinye (sebab banyak sangat la konon sye nak becerita). So, kita mulakan saje!

+ Cerita Anniversary +
10.1.2011 - Genaplah setahun sye menjadi seorang isteri kepada suami sye. Pejam celik pejam celik dah setahun rupa2nye. Macam tak sangka pulak, lepas setahun, sye kini dah bergelar mama. Orang macam sye pun boleh jadi ibu ke? Memang macam pelik je kan? Tapi, tu lah hakikatnya, selepas setahun, kami dah dikurniakan seorang baby yang sangat2 menarik. =) Huhu, tapi celebration untuk wedding anniversary tak de la, dalam pantang lah kononyer. Bak kata Mr. Hubby sye, qrang sambut anniversary bercandlelight dinner, sye makan singgang dengan sayur aje. Hmmm... takpe2, demi anak, sye tangguhkan dulu kemahuan sye yang nak menyambut tak kena gaye. Tengok la nanti bile pantang dah habis tempohnyer, abang, ke Lookout Point, jum kita berpoya2! ~_^

+ Cerita Bersalin +

Rasanye utuk hari yang ke 25 ni agak dah terlewat kot nak cerita pasal bersalin hari tu. Tapi, kalau tak petrai kat sini, sye takut nanti terlupa pulak macam mana gayanyer hari sye bersalin tu. Nanti macam mana nak cerita kat baby sye. So, jom kita bercerita.
Pukul 8 pagi 17 December 2010 tu, terasa amat seram sejuk sekali. Sye tak pasti samaada tu perasaan sye je ataupun hari tu memang kelam semacam je harinya. Dalam fikiran sye yang dah tak boleh tidur dari hari sebelumnya berkata, 'Ni lah harinya, hari sye akan bawak baby kami ke dunia,'. Agak gementar jugak hati sye, tak sabar pun ade sebenarnya, nak melihat baby yang sye dok kendong kehulu hilir selama 9 bulan tu. Sedang sye mengenagkan nasib, masuk seorang nurse dengan alat2 mekanikal dia. 'Nak check heart beat anak dengan contraction kak,' lembut dia bersuara. Sye angguk dan senyum je, sebab masuk ni, kali ke 5 mereka letak alat tu kat perut sye. Yang pastinye, contraction tu dah makin terasa2. Berdenyut2 macam nak pecah perut sye pun ada. Lepas 20 minit ditinggalkan dengan alat mekanikal tu, nurse tadi pun datang balik nak ambil resultnya. 'Kami hantar dekat mid-wife, lepas tu kita tengok camne keputusan dieorang ok kak?'. Sekali lagi sye cuma tersenyum manja dan angguk2kan kepala sye. 20 minit berlalu, masuk pulak cik adik nurse lain, 'Kak, pusing belakang kak,' bersahaja je cakapnyer. Sye pun dengan segan silu membelakangkan dia. Dengan tak semena2 dia bukak kain dan masukkan ubat di bahagian belakang sye. 'Dalam 3 minit, kalau akak tak rasa nak buang air, akak bagitau kiteorang, dah boleh pergi labour room lah kak yer,' sye angguk sekali lagi sebab perut sye masa tuh sebenarnya dah start memulas2 bagai nak gila. Lepas buang air, Mr. Hubby pun inform nurse kat situ yang kami dah bersedia. Maka, dalam pukul 9 pagi, kami pun dialihkan la ke labour room yang mengerikan. Ade ke labour room letak kat tingkat bawah, senyap sunyi dan kelam sekali. Masa sye masuk je kat situ, hati sye terdetik 'Iskh, macam rumah mayat je,' tapi sye kuburkan fikiran tu dalam2, tak nak merisaukan hati yang memang dah tak berapa nak sedap tu. Tunggu punya tunggu dalm pukul 9.30 pagi doktor datang check keadaan sye. 'Kita pecahkan air ketubah sekarang yer,' doktor tu kata dan sekali lagi sye angguk saje. Tapi, senyuman tu dah tak ada, sakit yang melanda campur hati yang berdebar gila menyebabkan sye lupa nak beradab sopan dengan doktor. Maka, bermulalah episod nak bersalin sye. Doktor tu pecahkan air ketuban sye dan kesakitan yang amat mula terasa. Sye ingat contraction dari hari sebelumnya menyakitkan, tapi Ya Allah, masa ni sakitnya tak tertahan2. Sye rasa nak nangis pun ada, tapi ingatkan ketahanan diri dan disebabkan Mr. Hubby ada sekali, sye tahankan jugak sambil banyak2 ingat Tuhan. Memang orang kata bersalin ni sakit kedua sebelum meninggal. Saat tu sye tak dapat bayangkan macam mana agaknya bila Allah nak tarik nyawa sye nanti, insaf tak sudah. Terasa memang di ambang maut pun ada. Maka, sye ambil kesempatan kat sini nak menucapkan terima kasih dekat semua ibu2 di dunia ni, terutamanya ibu sye yang pernah melalui perasaan sakit tu. Moga2 semua anak2 lebih menghargai ibu2 mereka. Amin. bagi ibu2 yang beranak sampai bebelas2 orang tu, sye memang tabik spring lah. Sesungguhnya, kalian memang orang yang amat kuat. :) Ok, sambung cerita sye, 5 jam kemudian, saat yang ditunggu2 pun tiba. Nak dijadikan cerita, masa sye mula2 masuk labour room tu, ada seorang hamba Allah ni yang tengah melalui saat2 getirnya. Hmmmm, sye yang di bilik sebelah ni terkedu jugak la mendengar jeritan dan tangisan dia. Lapas tu datang seorang akak midwife 'Adik, orang sebelah tu tak ambik apa2 ubat, dia sampai nak terjun2 katil meneran anak,' dengan selamba akak tu menakutkan sye. Sye pandang Mr. Hubby sye, rasa macam nak meleleh air mata, tapi sye sabarkan lagi. Masuk pulak akak mid wife ke-2, 'Anak sulung ke dik?' sye angguk. 'Akak nasihatkan ambik epidural dik kalau anak sulung, nanti jadi macam orang sebelah tuh, ni nak kena buat Caesarean pulak,' sye pandang Mr. Hubby buat kali ke-2. 'macam mana ni bang?' husband sye senyum sahaja 'Ikut kamu la sayang, yang nak menahan kesakitan tu kamu,' sye angguk2kan. Memang, sye tak berniat nak ambik ubat, orang dulu2 pun beranak mana ada teknologi ubat ni semua, tapi mendengar rintihan orang kat sebelah tu, sye jadi ketar sendiri. Tanpa kewarasn minda, sye pun mintak dicucuk ubat tu sekali. Tapi, ras syukur jugak, sebab dengan bantyuan ubat tu pun sakitnya amat2 la terasa, inikan pula kalau nak bersalin tanpa bantuan apa2. Pukul 2.20 hari Jumaat yang bahgia tu, sye pun selamat melahirkan anak kami yang pertama, Bila first time tengok anak tu, semua sakit terasa berbaloi. Rupa2nya, payah susah selama ni mendtangkan hasil yang tak terkira cantiknya. Terima kasih Tuhan di atas kurniaan yang tiada tolok bandingnya.

+ Cerita Aisyah +
Sye tak nak menceritakan cerita kesakitan baby kami bergelut dengan nyawanya. Tali pusat yang menjerut leher baby kami jadi penyebab rapid breathing dia. Tapi hari yang sama sye baca, common benda ni terjadi dekat bayi2 yang baru lahir. Tapi sebagai seorang emak, memang la sye sedih jugak. Alhamdulillah, lepas 4 hari, kami boleh balik ke rumah. Baby yang seberat 3.3 kg tu memang kecik je, tapi tak kisahlah, start dari hari dia dilahirkan, dia buah hati kami. so, di sini sye perkenalkan baby kami n.u.r.a.i.s.y.a.h.s.y.a.z.a.n.a.h buah hati pengarang jantung kami!



Sye rase sye berhenti di sini dulu sebab si kecik dah mula merengek. Nanti kita sambung cerita-cerita lg. Lepas ni cerita pantang dan cerita akikah pulak maybe.
=P

xoxo
deez

P/S: Sayang, rindu tak si strawberry penawar hati? :)

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment