❤ Learning Toys ❤

Assalamualaikum dunia.

Wah, budget perasan, konon satu dunia baca blog dia. Pft!! Sudahlah kau Ren, berhenti ngada2! =P

Semalam, ada teknikal problem.
Internet kami dipotong pihak berkuasa. Nah kau! Tak bayar bill kan? Padan muka, terkial2 tanpa kata. Kahkahkah. Bukan, kami bukan taknak bayar bil. Tapi, terlupa.  Terlupakah? HahahahaHampeh! Betul, kami terlupa. Maka, Mr. Hubby yang bijaksana call service centre, nyatakan kesilapan kami dan janji tak buat lagi. Wah, bagus betul DIGI ni, memahami! Terus sambung balik internet connection kami. Terima kasih DIGI! Kalau kalian tertanya2 adakah ini iklan endorsement untuk DIGI, tidak sama sekali. Cuma, sye berterima kasih sebab boleh dibawak berunding provider ni. Provider telco lain boleh ke macam ni? Entahlah, sye pun tak tahu, sebab ni pertama tama kali lupa bayar bill sewaan kami.

Minggu ni, minggu sye malas nak masak. Entahlah kenapa. Nak masuk dapur tu bagai nak bercinta. teragak2, malu2, sipu2. Ha, rasa nak suntut tak kepala isteri malas cam ni? Tapi, sye bukan selalu malas, kadang2 saja. Bila hati tak terasa nak masak, terus rasa malas nak cuba, Tambahan lagi, minggu ni Mr. Hubby ada training. 9 to 5. Maka, dah sure makanan provided A class di sana. Al-maklumlah, kata convention center kan? Bila suami pulang perut dah kenyang, hati sye pun tak la risau sgt pikir apa nak bagi makan. Semalam, sye makan simple lunch dengan anak.


Anak sye ni senang makan. Alhamdulillah. Suap apa semua pun telan.

Kalau diikut2kan makanan favourite dia macaroni goreng.

Ni sye buat time prepare Spagheti Oglio untuk Mr. Hubby sekali lagi. Ingat tak entri sye ketika buat Oglio tanpa seafood? Ha, kali ni ada udangnya. Entah kenapa, tiba2 ni jadi makanan idaman encik suami sye.

Dan lagi gambar makanan, cake hari jadi anak yang pertama kalinya. Ya, anak sye tu dah besar panjang. Dah setahun umurnya. Tak habis2 lagi ke cerita pasal hari jadinya? Ni lah padah, ada mama yang terover excited sepanjang masa! =P


Kek Ice Cream Baskin Robins Strawberry Vanilla. Kecik aja keknya, sgt sesuai untuk makan bertiga. Ni pun berhari lamanya duduk dalam peti ais tu. Setakat makan sikit2, buat pemanis mulut saja.

Sekarang, sye akan berentri tentang tajuk post sye. Hai la, selalu je macam tu, entri berjela baru nak sentuh topik utama. Biarlah, ni kan blog yang memang takde kene mengena! =P

Well, during the birthday, Aisyah had been given some new toys as presents. =)
Me and Mr. Hubby are big on educational toys. We bought toys that we think might give at least a bit educational value to our little one. Bukan nak poyo, tapi, kami bukan orang yang berduit, kaya raya. Hence, we buy stuff that can be fun for our child and in the same time benefit her in certain ways. No wrong in wanting your child to get the best.

Ok, so, here is what she got.


Colorful shape sorter from Neksu and Toksu! Dah ada yang ini, shape sorter kain dia yang bapak belikan masa 6 months dulu dah tak layan - dibaling baling saja! =P


This one, mama pun suka. A house play toy from Nenek and Atok. A Leapfrog toy with 70 different learning tools. Very cute, very fun!


Lastly from mama and papa, a mini learning laptop. Ye, sangkaan mama, dah ada mouse dan laptop sendiri, tak payah usik2 tekan2 mama punya lagi. Iskh, tak menjadi! Tetap nak korek laptop kami jugak. Hai anak, kenapa, laptop mini ni terlalu tak profesional looking untuk kamu maybe? =P

This laptop is fun, easy to operate and can be use up till your child is in school. Cuma, daya ketahanannya bergantung kepada anak masing2 la. Sye tak berani nak cakap sampai bila laptop ini akan bertahan dalam satu pieces yang nyata. Haha. 
But on the serious side, 25 learning tools, with music and games. Ought to keep your child busy for a least a small period of time. Sangat memberangsangkan dan harga pun berpatutan. I like!

I bought this online. Good product, good service. Order and bank in today, item received the next day. Super fast, super easy. Will write a review on the website later. =)

Oh, baby is asleep now. Need to go make lunch.
Till next time, take care all!

Oh, before that, a pic of lil baby sitting on the top of the world!   ❤



xoxo
Deez

0 comments:

Post a Comment