❤ Minggu Kuih Muih ❤

❤ Salam Jumaat.
Di hari Jumaat ni, jom kita sama2 panjatkan doa pada Allah; Moga2 hidup kita selalu dirahmati di bawah limpahan kurnian-Nya dan semoga hidup seharian kita dipermudahkan. Amin.
=)

Semalam sye menggatal, ajak Mr. Hubby pergi Viva Home.
WALAWEH! Chantek! Memang macam dalam iklan lah. Semua ada - one stop centre untuk semua barang peralatan rumah, dari conventional needs sampailah ke home deco. Sebutlah apa hajat di hati, semua memang ada. Kelas gitu. Tempat pun nampak sgt exclusive; padanlah, kan tempat tu baru. 

Anyway, hajat di hati nak beli standing lamp; bak penghias bilik di malam hari. Tapi, yang kelakarnya, setiap kali sye sampai ke depan kedai, tinjau2, tak jadi nak masuk. Kenapakah? Tengok display items saja, harganya sgt menjolok mata! Haha, bukan menjolok sahaja, dah nak terjuling, terbeliak terbalik anak mata pun ada di samping mulut ternganga2. Sye sarankan kalau duit dalam poket takde sekurang2nya 300 ringgit - jangan mimpi nak beli barang kat sana. Mahal. Atau mungkin pada mata sye je kot. Mungkin sye yang tak mampu, tapi, standing lamp kecik tak sampai 1 kaki, kanak2 punya pun dah RM100. Tak dapat la sye nak bebelanja sakan konon! Hambik kau! Berangan lebih2 lagi! Hahaha, jom sama2 ketawakan diri sye ni! =P

Sudahnya apa yg kami beli?
Mainan play-doh untuk anak tercinta, can-opener dan frame gambar for little baby sye.
Semuanya RM 29.95. 
Dan makan SUBWAY untuk dinner. Chicken Roasted sandwich pilihan sye dan Italian BMT untuk Mr. Hubby.
Lepas tu?
Baliklah. Hujan lebat penambah perisa mcm sang hari turut merundumkan kekalahan bershopping sye! =P

Tapi, sye taklah kecewa sepenuhnya. Seronok jugak sekali sekala dapat bawak si baby ke shopping mall yg tak ramai pengunjungnya. Tempat tu pun tak bising dengan lagu2 yg selalu membingitkan telinga. Overall, si kecik nampak tenang, gembira, bertenaga. Seronoklah sye bila baby seronok juga.

Kalau ada yg nak tau lebih lagi pasal Viva Home ni, boleh check website ni.
Semoga bergembira menjamu mata. =)
____________________________________________________________________________________________

Tajuk entri kali ni ada kena mengena tak?
Korang rasa?
Mestilah ada - minggu ni sye sedang seronok try mencuba buat kuih muih tradisi kita.
Chewah... tradisi ke? Boleh la dikatakan tradisi jugak.
Sye buat kuih cek mek molek.
Kemudian kuih cucur badak pulak.
Lepas tu buat kuih ketayap.
Ada jugak puding coklat, tapi tu tak tradisi sangatlah, jadi abaikan.
Mr. Hubby beli keledek merah kat tepi jalan, maka sye diamanahkan masak apa2 lah ikut kesukaan. Tanya mak, katanya goreng, tak pun buat pengat. Apalah mak, senang sangat tu. Eleh, belagak pulak kau ni Ren. So, sye selak2 buku resepi, nampak la resepi Cek Mek Molek pujaan hati. 

Masa makan Cek Mek Molek tu pulak, Mr. Hubby sebut pasal cucur badak. So, esoknya, lepas dibeli kelapa oleh tuan muda, sye pun buat cucur badak juga.

Lusanya, lebihan kelapa yg ada, bagi elakkan pembaziran berleluasa, sye buat kuih ketayap pula.

Tapi ingat, semua ni baru cubaan pertama seumur hidup sye. So, kalau nampak hodoh, jom sama2 gelakkan yer. Eh, hodoh2 pun sedap tau! Tak percaya, silalah tanya husband sye. Haha.

Sebelum goreng nampak tak berselera.
Tapi, resultnya!

Gemuk dan kurus, tu adat kehidupan yer

Cucur badak ni mewah inti tau - puas makan

Sekali lagi, ketayap sye ada gemuk dan ada kurusnya.

Haaa, lepas ni nak try kuih kukus2 pulak la. Mcm ni esok2 boleh bukak table pasar malam pulak. Theheeheh..

xoxo
Deez

P/S: Terima kasih bwk kami pergi cari lampu walaupun tak berjaya! =)



0 comments:

Post a Comment