❤ Blog Yang Terluka ❤

Assalamualaikum.
Peace be upon you.

Ya Saya! Blog yang terluka akibat diabaikan tuannye.
Itu blog sye!

Bukan, bukan tak ada cerita, tapi kesibukkan, kekusutan menghalang jari jemari runcing ni *eceh* untuk buat entri. Dengan kesibukan seharian, dan tambaan rezeki yang Allah kurniakan, sye tak bekesempatan nak bercerita di alam maya lagi. Tapi, sye rindu, rindu sebenarnya nak berceloteh untuk diri sendiri.

Tapi takpa, kalau ada kesempatan macam hari ni, boleh la sye berlari-lari anak menjadi sang pencerita. Kenapa berlari-lari anak kata kalian? Sebab sekarang ni, si kecil dalam fasa memanjat dan berlari. Maka, si ibu terpaksa exercise sekali. Oleh sebab yang sama jugak, di kala hari yang selektif si kecil bersara awal, lepas siapkan tanggungjawab sebagai seorang suri rumah dan siapkan kerja2 yang ada, sye dah tak larat nak berblog lagi. Ada kala, letak kepala atas bantal, sedetik pun tak perlu, sye akan terus padam. Hebat kan tahap ketahanan sye? Mengalahkan tahap ketahanan budak umur 2 tahun! Boooo!

Sye nak bercerita, cerita pasal anak yg suka mandi sungai.
Cerita pasal anak yg mintak naik vroom vroom mototr bapaknya setiap hari tanpa jemu.
Bercerita pasal rendezvous kami di tengah malam Chinese New Year ke-7 jam 1 pagi, bertemankan embun menaiki motor kapcai suami sambil menikmati keindahan bunga api free betul-betul atas kepala kami.
Nak jugak cerita pasal nikmatnya makan McDonald Prosperity Burger eh silap, DOUBLE Prosperity Burger untuk pertama kali setelah hampir 2 tahun tak menjejakkan kaki di McD.
Cerita tentang sesi photography professional pertama anak kami.
Juga cerita kami jalan2 ke SOGO beli baju baru phasa kedua untuk anak setelah semua baju yg ada selama ni sendat ikut body!

Haha, semua cerita ni ada tarikan tersendiri.
Tapi, malangnya, sye kena berhenti. KEna pergi cari anak yang dah selang 5 minit, senyap dalam biliknya sendiri. Mesti ada projek baru yg dia temui!
Nanti kalau ada masa sye cerita satu persatu sambil tunjuk gambar sekali.

Tapi buat kali ni.
Sye rindu kamu wahai alam maya.
Rindu kamu juga wahai blog tercinta.
Janganlah terluka. =)

Till next time.

xoxo
Deez

0 comments:

Post a Comment