❤ Keresahan Hati ❤

Assalamualikum.

 Tadi pagi, kami berdua (mama dan lil baby) telah menghadapi hari yang productive sekali. Jam menunjukkan waktu 12 tengah hari tapi kami dah siap membasuh baju, menyidai baju, mengemas rumah, menyapu sampah, mengelap lantai, masak lunch dan melahap lunch sekali! Wah! Record time kali ni, sye bangga sekali dengan pencapaian kami! Hihi, masuk bakul dan angkatlah sendiri, siaplah lagi nak memuji kami! =) Dan, sekelip mata selepas selesai semuanya, si kecil merengek minta susu, dan terus lena dibuai mimpi.

Di kala hari Ahad, dan waktu-waktu begini, bila semua kerja sudah disiapkan, maka otak akan mula berfikir laju. Dan, sebagai seorang perempuan yang lemah, sye selalu mengisi keksosongan masa dengan kerisauan dan kebimbangan. Dah memang itu sifat semula jadi sye, nak buat macam mana. Tapi, dalam hati sendiri je la, masih boleh terkawal lagi. Berpuluh kali sye membaca buku La Tahzan, Jangan Bersedih pemberian suami yang kadangkala runsing dengan tahap kerisauan si isteri. Siap belikan 2 biji buku yang sama lagi! Tu perli ke apa cik abang oi? =P Tapi, bacalah berapa kali pun, kalau tiba rasa risau di hati, bahan bacaan pun boleh terlupa sekali. 

Kerisauan sye kali ni pulak tak sebesar mana halnya. Amat kecil sekali mungkin di mata orang lain. 20 haribulan yang lalu, masa kami pergi check-up lil baby, timbangan beratnya hanya 10kg. Check-up sebelumnya yang 3 bulan sebelum tu, berat baby 9.9kg. So, naiknya 100gm je. Masa timbang, sye cool je. Dalam hati kecik berkata anak aku ni sangat la aktif tak terkata, normal lah berat tak naik sangat. Kalau dilihat mata kasar pun memang badannya susut sejak2 pandai memanjat. Dan hobi memanjat dia sangat extreme dari sehari ke sehari. Buas mengalahkan anak lelaki. Dan, walupun duduk dalam rumah di bandar, anak ni, memang sekali pandang nampak macam budak kampung yang asli. Maybe masa pregnant dulu terbekenan dekat orang asli? Dah kenapa kau merepek ni Ren?Anyway....... bila pegawai perubatan tu check, dia tanya kenapa naik sikit sangat berat badan ni? Sye explain dengan tekun dan keibuan sekali. Dia dengar dan anguk tanda mengerti. Oh, ingatkan lega hati ni, dia setuju; setuju dengan fakta yang diberi! Tiba-tiba dia kata, takpa, nanti sye bagi ubat vitamin, makan, sekali sehari. Eh, vitamin apa pulak ni? Dia makan ok, menyusu pun banyak. Vitamin ni nak bagi dia nampak makanan terus terjah macam dah tak makan 8 hari jawabnya dan terus mengguris hati ibu ni. Waaaa, sye tak cukup bagi anak makan ke selama ni? Or, masakan sye tak sedap sampai kena bagi anak makan vitamin pelengkap nutrisi?

Sampai ke hari ni, tiap kali suap vitamin dekat anak, sye terasa sedihnya. Terasa bersalahnya. Dan terasa kerisauannya. Naik la berat cepat-cepat anakku, biar mama dapat bernafas semula dengan lega!

 Pipi macam ni agak-agaknya tak cukup makan lagi?

 Dan mama berusaha masak bukan-bukan nak sumbat perut si kecil ni
 Muka pun ada iras-iras apam tu kan?

 Nasi goreng favorite baby ni kalau boleh nak masak hari-hari

 
Gelak kenapa? Tak risau ka dengar pegawai perubatan tu kata apa?

Baby: Mama memang suka over! Kbai!

[*-*'] Overkah sye?

xoxo
Deez







1 comments:

lia said...

he3...

sbnr nyer sama la kita... Amsyar masa umur 1thn++ beratnyer sgt wat2 ibu ni lemah jantung, lelebey klu doc bising kat kinik tu... ayooo...

pas2 da baca2 smua, pk 1 menda jer... dia elok mkn, minum, aktif... lantak p la... kang obes pon doc mrh gak ;)

Post a Comment