❤ Main Kira-Kira ❤

Asaalamualaikum.
Salam Jumaat.
Apa plan di hujung minggu ni?
Hujung-hujung bulan ni ada plan ke? Yang pasti, kami, kami akan memerap di rumah seperti sediakala! Lebih-lebih lagi di pengakhiran bulan ni. Sunyi sepi poket dan wallet itu. Kesian mereka kan? =P

So, kenapa main kira-kira kalau semua kosong? Wah, bukan kira-kira duit lah. Kira-kira hari bulan, kira-kira tempoh keuzuran dan kira-kira hari pengovulan. Oh ya. Amaran keras, entri ini hanyalah untuk mereka-mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Dengan meneruskan pembacaan, anda mengambil risiko untuk info-info yang mungkin anda tak mahu ketahui atau tidak bersesuaian dengan angka umur anda. Jadi, jika rasa senang loya-loya atau tak berapa nak gagah perkasa, sila tinggalkan ruangan ini atau baca la entri yang lain-lain ya. Bukan menghalau, bagi amaran. Takut kena saman; zaman sekarang ni susah! =P

Anyway, sejak dari sye muda remaja, sye tak pernah ambil kisah hal mengira ataupun mengambil tahu bilakan period sye yang seterusnya. Bagi sye, itu tak berapa nak penting agaknya. Asalkan bulan-bulan keluar sudahlah. Dan cara hidup kita yang bermoral *aduh, pelempang mau Ren?* membuatkan mengetahui itu semua tak berapa nak significant. Maksud sye, susah-susah kira buat apa? Yang pasti, nanti akan keluar juga. Dan Alhamdulillah, sejak pertama kali sye period masa tingkatan 1 dulu, sye tak pernah miss period. Berterabur mungkin - tapi sye tak ambil tahu sangat sebab rasanya macam constant aje. Sampailah masa kami bernikah, pun sye tak berapa nak kira, sebab memang planning nak anak terus. Dan yang bestnyer, masa disahkan postif pregnant tu pun bila doc tanya bila hari first sye period the latest, sye tak hingat. Main agak-agak. Bengap! Haha! Dan selepas kelahiran lil baby pun, sye tetap bersahaja. Tak ambil kira sangat. Sebab lama jugak sye tak mengalami keuzuran, mungkin sebab breastfeeding. Lepas anak masuk 11 bulan barulah sye period kembali. Itu baru beberapa bulan yang lalu. To be exact 4 bulan yang lalu.

So, kenapa kau buat entri macam ni? Nak bagi orang menyampahkah sebab kau tak ambik tahu? Bukan! Sye sebenarnya hendak cuba belajar mengira. Sebab... alamak malu!!!! Atas sebab-sebab terentu lah! Ngada-ngada pulak! Sebenarnya, sye teringin nak baby baru [^-^]" So, dari research yang sye buat, banya kot cara nak kira menstrual cycle ni. Naik tak paham jadinye. Tapi yang samar2 dapat sye fahamkan:

Kira nombor hari dari hari pertama period yang lepas sehingga hari terakhir sebelum period yang berikutnya. 
Contohnya, katakan kita period bermula 3 Jan selama 5 hari. Dan period berikutnya start pada 27 Januari. Maka, ikut pengiraan harinya, period cycle kita adalah 24 hari.

Betul ka?
Macam betul kan? Andaikan sje betul. 

So, dengan ini, sye harus sentiasa mendekatkan diri pada calendar kami untuk menanti keputusan yang dicari-cari. Hehe. Doakan kami! =)


Dan lil baby, bersediakah nak tukar status jadi big sis baby?

Halamak weih! PARAH! *gulp* 

xoxo
Deez

P/S: You will always be our lil baby. No matter what. Kan bapak kan?

0 comments:

Post a Comment