❤ Pertanyaan Yang Jarang Orang Nak Soal ❤

❤ Assalamualaikum.
Harapnya semua dalam keadaan sihat sejahtera.

Sebenarnya, benda ni dari haritu sye terfikir. Tapi, terlupa pulak nak post. Pasti ramai jugak orang tertanya-tanya dan nak tahu kenapa. Tapi tak tahu nak tanya kat siapa ataupun malu nak bersuara.

Hari minggu yang lalu, masa jalan-jalan dalam satu shopping mall tu, sye rasa nak terkucil. Maka, sye pun cepat-cepat pergi ke tandas berhampiran yang tak berapa nak terpencil. So, masuk-masuk dan malakukan yang spatutnya, soalan timbul di hati kecil. KENAPA DALAM TOILET PUN DIERANG NI NAK BUKAK MUZIK JUGAK? Pernahkah anda tertanya? Masa tu kebetulan lagu jerit-jerit dimainkan. Tak ingat pulak lagu siapa, tapi international artis la kan. Dan sye bayangkan, adakah muzik tu boleh buat orang tenang semasa hajat dijalankan? Ataupun, orang memang seronok menyanyi semasa dalam jamban? Iskh, kalau orang tengah nak melabur, tiba-tibe keluar la lagu Linkin Park kan, tak ke tak terkeluar hajat yang nak disampaikan? Terkojut den! Tak gitu? Mengganggu kosentrasi ada lah kan?


Eh, budak pun reti, kalau nak melepas, mesti dia cari spot-spot cantik dan senyap nak kumpul kosentrasi tau.

Tapi, nak tanya siapa? Takkan nak pergi tanya makcik cleaner pulak, kenapa dalam toilet pun kena ada lagu makcik? Tak pasal-pasal makcik tu ligan dengan mop lantai nanti.

Entahlah.
Rasanya ni salah satu persoalan yang tak akan dapat deleraikan.
Tapi, kalau-kalau ada la pekerja-pekerja pengurusan mall yang terbaca blog ni *budget perasan lagi orang baca blog kau ke Ren?* =P, tolong la, ketahui la, almaklum la, sebenarnya, muzik itu sangat mengganggu jiwa dan perasaan!

OK, anak nak susu.
Lain kali sambung.
Apa da entri selalu setengah jalan! =P

xoxo
Deez

0 comments:

Post a Comment