❤ Anak Bapak Ni ❤

Asslamualaikum.
Masih pening-pening gajah. Dugaan. 

Aisyah ni, sejak dari kecik memang anak bapak.
Saudara mara sebelah Mr. Hubby semua memang kata muka dia sebijik muka bapak dia time kecik-kecik dulu. Time tu mama tak boleh terima kenyataan, mencari-cari apa benda yang sama dengan mama, nak juga share nama sebulu. Tapi, takde. Memang takde. Sekarang, dah menerima kenyataan itu. Ini memang anak bapak. Sye pasrah. Dah memang anak bapak la pun kan!

Bukan rupa dan perangai je ala-ala bapak. Dia juga seorang anak yang terlampau manja dengan bapak. Sampaikan kalau bapak balik lewat sikit, nama bapak je yang bermain-main kat bibir dia tu. Kadang-kadang geram, suruh sebut mama, memang jarang sekali nak dengar. Time sakit je nak sebut mama. Kesian mama kan? Dan perkataan pertama yang keluar mulut dia pun 'BAPAK'.#dasaranakbapak

Masa sye pregnantkan dia dulu, sye memang terlebih mengada dengan bapaknya. Memang. Mungkin itu sebabnya. Tak boleh tak jumpa lama sikit; rindu katanya. Mengalahkan time bercinta. So tu yang anak keluar pun rupa bapak dan bapaklah segalanya. So, kali ni, nak duduk jauh-jauh dengan bapak. Taknak rindu-rindu lagi. Biar anak nombor 2 jadi anak mama pula kali ni. Boleh pulak macam tu? =P To be fair, mama yang kendong 9 bulan ke sana sini. Nak jugak ada legasi mama sekali!

 Rindu bapak sampai macam ni sekali. Tidur pun nak pakai baju bapak yang belum cuci. Iskh. Berapa lama tak jumpa ni? Oh, baru pagi tadi hantar bapak pergi kerja waktu subuh-subuh hari! ['*_*]

Oooops, terbangun pulak bunyi camera mama klik sana sini.
Tersengih seronok - Oh, saya sedang pakai baju bapak lagi. Yeay! 

xoxox
Deez

P/S: Susah nak pujuk mandi, taknak cabut baju bapak dari badan sendiri. Aduh. Anak bapak la kan ni? =)

❤ Bintang ❤

Taksub.


Lalu,
Mengejar kerdipan bintang berteraburan. 
 =) 
Senang nak menggembirakan dia!

xoxo
Deez

P/S: Tak dapat tenung skrin lama2. Pening! #bilamorningsicknessnakberakhir =(

❤ Monday Blues ❤

Kononnya!
Sebenarnya pening-pening kepala.
Dan ada hajat nak bercerita tentang Sabtu yang lalu, pergi satu kursus di Shah Alam. Tapi, kalau entri itu, harus dalam mood sedikit serius. Sebab kursus itu serius, dan sye mahu apa yang bakal sye aplikasikan dari kursus itu berjaya. Dan tak nak sye berceloteh ala-ala kadar aje. Nanti orang ingat main-main pula.

Jadi sye akan cerita pasal kursus itu di entri lain. Esok mungkin, dengan harapan esok dah tak sakit kepala dah please! Huhu.

Eh. Tukar fikiran. Sebab anak dah tidur dan sikit ketenangan di minda.

Sye pergi kursus Kaedah Mengajar Al-Quran kepada Bayi Dan Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh Islamic Parenting Network. Boleh tengok website IPN kat sini. Website yang sangat bermanfaat khususnya para ibubapa. Sangat best! Dan bermanfaat! Dan baru sye tahu Perbadanan Perpustakaan Shah Alam tu oh #yeskaumemangbestdabomb! Library yang sangat best. Tapi bukan nak cerita pasal library (walaupun wajib cerita di lain hari). Nak bercerita pasal kursus tu. Sye terjumpa website tu dalam sebulan yang lalu. Hati pun tertarik-tarik nak ikut kursus tu. Mak aih, hati sangat sayu plus gembira plus cemburu tengok anak Puan Lina tu dah BACA dan HAFAL (sesetengah surah) Al-Quran sebelum mencecah umur 4 tahun! Impossible OK! Untuk kita orang tua pun surah-surah Muqaddam tu tertunggak terbalik lagi kan. So, sye pun join la kursus tu walaupun kena tunggu sebulan. Takpe! Sye nak jugak anak sye jadi kana-kanak yang berjaya macam mereka! RM150 tu kira investment kecil-kecilan.

Tak ke sejuk perut ibu mengandung? *sobs*

Banyak teknik-teknik dan tips yang sye dapat selama 5 jam kursus tu. Dan yang paling pasti, kena konsisten. Dan ia TAK MUDAH. Bukan senang ye, Takde nyer hari ni ajar esok dah boleh baca. Perkara yang paling penting, SABAR. Oh, sabar kan separuh dari iman. Kalau ada cita-cita tinggi, kemahuan tinggi, pasti Allah akan menguji.

Semangat berkobar-kobar ni nak mengajar si kecik. Hihi. Doakan yer.

Dan satu lagi, pertama-tama kali berenggang dengan si kecil, 5 jam terasa macam 5 tahun lamanya. Memang over, tapi dala kursus hati berada dengan dia. Keluar-keluar kursus peluk cium lupa dunia. Tanya Mr. Hubby si tukang penjaga, 'Ada tak dia nangis, cari mama?' Mr. Hubby senyum-senyum kambing sambil geleng-geleng kepala! Haih! Kan dah kata, mama dia over! ='(  Booooo! Haha

xoxo
Deez

P/S: Kalau ada yang nak notes yang sye dapat dari kursus tu, silalah bagitau! Jangan segan jangan malu. Nanti boleh sye photostatkan! =)

❤ Susu, Susu, Susu Dan Kambing ❤



Assalamualaikum

Mr. Hubby kata kambing yang tersengih itu sangat comel sekali. Comel kah?
Boleh tahan kan! =)

Perkara yang paling sye geruni semasa pregnant adalah pemakanan sye. Ya, Mr. Hubby sangat strict bila menyentuh bab pemakanan ni. Terutamanya masa sye pregnant. Wah, masa pregnant anak 1st dulu, memang mewah makanannya. Apa pun yang orang kata bagus untuk bayi dan ibu, semua dia akan pulun membelinya. Disumbatnya sye dengan segala jenis makanan yang berguna. Dah kata mewah, kenapa sye nak gerun pula? Sebab ada sesetengah makanan tu, walaupun sye suka, tapi kalau dah hari-hari menatap tu aje, jemu jugak akhirnya. Dan sesetengah makanan itu, makanan yang sye tak pernah merasa ataupun yang sye memang tak suka. Tapi, dah kena paksa. Dan ayat paling power, "eh, makan untuk baby sye, bukan untuk awak suka tak suka". Hadeh! Nak jawab apa? Telan je la.

Sampai satu point masa pregnant dulu, sye dipaksa makan semua jenis kekacang hari-hari sampai time nak makan kacang je, nak nangis kuat-kuat. Memang ada hari, air mata keluar juga. Jemu tak terkata!!
Buah delima, kegemaran sye, tapi dah asyik disumbat je, satu tahap tengok delima pun tak larat lagi.

OK.
Itu cerita dulu.
Kali ni?

Baru-baru ni, dah termetrai satu janji.
Hari-hari sye kena minum sebotol susu kambing!
Oh, Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
Susu kambing bukan bancuhan dari serbuk three-in-one. Bukan.
Susu kambing segar dari ladang!

Sye tahu ia Sunnah Nabi.
Tapi, tekak sye loya-loya, bau susu kambing fresh tau-tau je!
Nak nangis!
Apa senyum-senyum hah wahai kambing?! 

Kalau kanak-kanak ada storage EBM sendiri, sye pun ada, EBM kambing punya - penuh satu deep freezer!
Tolong! #larilajulaju

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU... tengah bulan daaaa

xoxo
Deez

P/S: Ada siapa-siapa nak bekalan susu kambing fresh? Sila beritahu. SERIUS


❤ Tepung Gomak ❤

Psssttt, semalam kami cuti. Menghabiskan hari depan mangkuk tandas. Dah start dah.#adakaukesah?
OK.

Tepung gomak.
Merupakan sejenis kuih tradisional yang enak, yang dibuat dari kacang hijau, yang agak leceh cara pembuatannya, dan yang kian dilupakan oleh masyarakat kita. 

Sye dari kecik lagi, atau, zaman muda remaja lagi memang sukakan kanak-kanak dan baby. Memang sentiasa bercita-cita nak jadi seorang ibu yang berjaya. Sangat suka kanak-kanak sehinggakan masa belajar dulu sye bekerja part time sebagai cikgu tadika. Kesimpulannya, kanak-kanak dan bayi memang merupakan hobi sampingan sye walau di mana sye berada atau tahap umur sye pada ketika itu.

Dan, dalam masa sye meng'observe' ramai kanak-kanak dan baby disebabkan kegemaran dan tarikan sye kepada mereka, satu perkara yang membuatkan sye jaki amat pada masa itu. Bila dan ketika para ibu, bapa ataupun penjaga membiarkan anak-anak mereka bertempek bedak dengan tebal kat muka. Tension weh masa tu! Sye akan dengan segala sukacitanya menyapu-nyapu dan merata-ratakan bedak di muka mereka sambil ber'grumble' 'Apalah dierang ni, nak letak bedak pun betul-betullah, jangan sampai macam anak nak masuk opera cina pulak! Malas la tu!' dan grumble-grumble lagi sambil menyimpulkan senyuman pada si kecil.

Oh, tapi sekarang sye tahu.
Sekarang sye faham.
Setelah jadi ibu ni, sekarang sye mengerti!

Di hari Jumaat ni, sye hulurkan ribuan kemaafan pada para ibu bapa dan penjaga yang pernah sye grumble kan. Sye budak hingusan tika tu, tak ada pengalaman hidup yang jitu. Maka, sye buat kesimpulan yang mematahkan kewibawaan kalian sebagai ibu bapa dan penjaga yang hebat. Maafkan sye.

Memang, memang satu rutin yang digeruni, untuk memakaikan pampers, baju, lotion dan bedak pada anak hari-hari. Kalau tak berlari satu rumah, memang tak sah jawabnya. Dan, sye belum mula bab ikat rambut lagi. Memang boleh meruntuhkan semangat dan jiwa raga. Terpekik-pekik macam orang yang kurang warasnya. 

Dan menyedari bahawa, anak sye baru seorang. Bagi mereka yang anak tiga dan selebihnya? Wahahahaha.
Tepung gomak pun tepung gomak la, janji dah siap bersihkan mereka! Kerja ini bukan senang ya!
=)

dan
*sigh*

xoxo
Deez

P/S: Sye agak mesti ada jugak orang yang grumble bila tengok kegomakkan anak sye sekali sekala kot =P


❤ Mid-Week Blues ❤

Assalamualaikum.
Macam-macam lah kau. Sebenarnya malas nak menaip kan? Hehe

Baby berkata: Kakak-kakak, abang-abang, makcik-makcik, pakcik-pakcik, atok-atok dan nenek-nenek, cuba cari sye dalam gambar-gambar ni. =)


Balik ke kampung naik lori,
Nenek sediakan cucur keledek,
Inilah aktiviti saya hari-hari,
Ke sana-sini terkedek-kedek. 

CEEWAH! =P

xoxox
BABY AISYAH

P/S: Wordless Wednesday lah konon! #takbolehblah

❤ Dinding Yang Jadi Mangsa ❤

Mangsa apa?

Mangsa keganasan?
Mangsa keadaan?
Mangsa penderaan?

Ha, semua yang di atas.

Bagi menajamkan sistem koordinasi mata, tangan dan kecekapan anak, kami ada beli papan dart untuk training anak kami. Oh, time tu kami budget anak kami dah muda remaja kot, boleh pulak belikan mainan merbahaya camtu nak kasi si baby main. Terlebih bersemangat la nak training anak konon-kononnya tu.#hakptuii

Dah sedar yang anak memang takde chance la nak main benda alah tu dalam masa terdekat, papan dart jadi sumber mama dan bapak la hilangkan kebosanan. Suka sye nak nyatakan yang kami ni bukan pemain dart professional. Main pun jarang-jarang sekali. Maka, main memang tahap yang tak reti, cuma suka-suka dan menggelikan hati. Mr. Hubby kata training diri sendiri untuk training anak-anak nanti.

Tapi, main punya main, tanpa disedari (ini tipu), si dinding dah jadi mangsa kami.
Sye okay je, main pelan-pelan, ni semua kerja Mr. hubby! ❤


Bila nak pindah nanti, siapla nak jawab kat aunty nyonya tu sebab apa dinding dia berlubang-lubang macam ni. Haha.

xoxo
Deez

P/S: Tapi makin banyak lubang tu tandanya makin cekap kami main dart la nanti. =P

❤ Hasil Tangkapan PC Fair 2012 ❤

Assalamualaikum.

Tahun lepas, kami dapat hasil tangkapan sebiji printer multipurpose yang best sangat!
Tahun ni?

Al-kisahnya begini.
Tahun ni memang awal-awal dah jani dengan adik ipaq nak pergi PC Fair di hari pertama. Adik ni nak beli laptop idaman hatinya, senang nak tengok cerita drama Korea. =P
Tapi, disebabkan Grandpa masuk hospital dan operation hari yang sama, maka terkuburlah hasrat hati kami berdua nak berjimba di PC Fair yang memang terlampau ramai orang yang gila IT lagaknya. So, adik pun buat keputusan suruh Mr. Hubby belikan je. Sebab dah memang tempat dia kerja, menyelam sambil minum air, takde salahnya.

Dan semalam, sye menanti penuh curiga dan teruja,  laptop apa agak-agaknya yang dibawa balik suami sye. Ye, bukan laptop untuk sye, tapi, sye memang senang teruja. Tapi, disebabkan dia balik pukul tiga pagi, sye dah tertido dan tak sempat nak menggondam laptop baru adik ipar sye!

Pagi tadi bangun dan nampak bungkusan laptop baru itu.Wah, sangat cantik, sangat elegant, sangat BARU di mata hati sye! Dan tiba-tiba sye rasa geli hati memikirkan keadaan laptop sye. Hihihi.


Laptop baru jenama Toshiba bernilai RM1999 kini milik adik ipaq yan merangkap Miss Manager

VS.
.
.
.
Laptop rongak seorang suri rumah tangga yang dikorek anak tercinta bila mama terleka bekerja

Ok. Silakan, gelaklah guling-guling. =P
Tapi takpa, sye still bersukur, seurang-kurangnya sye ada komputer riba berusia 6 tahun ini yang membolehkan sye berlipur lara di alam cyber. Cukuplah tu. Hehe. SUNGGUH!

Dan, apa habuan yang sye dapat tahun ini di PC Fair berkat ehsan si suami?

Ini. ❤
Takpa, ini pun comel sekali. *sobs*
=P

xoxo
Deez

P/S: Tahun depan tunggu la, macam-macam sye nak beli! #ikutnafsumati

❤ Slow Sunday ❤

Sedikit penat.
Pulang sedikit awal dari hospital pada hari ketiga.
Mr. Hubby kena pergi kerja.

Hmm, cuba teka lunch tadi kami makan apa?


=D
Malas kan mama sye?

xoxo
Deez

P/S: Bukan malas, cuma mood memasak kurang ada! =P

❤ Dek Akibat Tercucuk Subang Di Kaki Grandpanya ❤

Dek akibat tercucuk subang di kaki grandpanya,
Maka, kami berkampung di Hospital Kajang dengan hati yang rela.

Peristiwa terucuk ni terjadi sebulan yang lepas. Grandpa masuk toilet dan kaki tercucuk dengan subang kepunyaan cucu tersayang. Biasalah, budak-budak baru sekolah, mandi mesti subang tertanggal. Dan, dengan otak yang berfikir tentang aktiviti berikutnya selepas mandi, jangan haraplah dia nak mencari subang yang jatuh tadi. Nak dijadikan kisah, antara ramai-ramai kaki yang melangkah ke toilet tersebut, kaki Grandpa juga yang menjadi mangsa keadaan. Selama sebulan kaki grandpa bengkak, dan kami sangkakan, biasalah, Grandpa kan diabetic patient, normal kaki bengkak selepas kena cucuk kan? Oh, tapi selepas beberapa trip ke klinik dan hospital terdekat, kaki Grandpa masih tak menunjukkan ciri-ciri untuk mengalami keredaan. 

Khamis lepas, Grandpa di admit, di luar jangkaan. Rupanya dah bernanah. Dan semalan, operation dijalankan dalam usaha memulihkan kaki Grandpa. Semalam jugalah kami mula berkampung di hospital dengan setia. Mr. Hubby ambil cuti, nak berada di sisi daddynya. Kami pun degil, nak jadi penunggu, tak mahu ditinggal-tinggalkan di rumah sahaja. Konon nanti lepas operation si kecil boleh jadi tukang ceriakan Grandpanya. Eh, tapi, tup-tup, kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk dalam ward rupanya! kuang kuang kuang. So, kami melepak di sekitar kawasan tu lah akhirannya. Tak pa, kami gilir-gilir ambil masa temankan Grandpa kalau-kalau perlukan apa-apa.

Oh, tapi, si kecil. Dia amat gembira. Si explorer sye seronok la dapat kawasan yang luas untuk diterokai. Mama la yang penat kejar sana sini!

 Macam biasa, duduk sana sini, buat macam rumah sendiri, tak payah pikir kuman mahupun serangga kecil, nanti boleh mandi.

Si kecil yang berani kini, sapa orang kanan kiri.

Pokok mati pun seronok dikaji.

Hari kedua maybe sedikit kebosanan - eh, kat sini lagi! ❤

Dua hari di hospital, sedarkan sye, sebenarnya, ramai yang sakit di kala kita sihat walafiat meniti hari-hari. Alhamdulillah. Semoga yang sakit semua cepat-cepat baik. Dan, Grandpa juga!

xoxo
Deez

P/S: Esok kami ke sini lagi, ada siapa-siapa juga di sini? Mungkin boleh berjumpa nanti. =)

❤ TV Commercials Yang Menyakitkan Hati ❤

Assalamualaikum.
❤ly day kan?

Sejak dari kecik, sye memang suka tgk TV commercials. Kebiasaanya, time iklan adalah masa untuk orang buang air, tambah makanan, grab minuman, cuci berak anak dan sebagainya kan. Sye pulak, tunggu time iklan. Suka sangat tang iklan tu. Even masa belajar dulu, sye ada koleksi iklan sendiri; dalam negara dan luar sekali. Ikut kategori lagi. Sye download dari internet dan simpan dan burn dalam DVD. Sye sangat suka tgk iklan; sebab sye rasa syok sekali. Wehooo, teruja tau kalau dapat tengok iklan baru! Ok, tapi kat sini sye bukan nak bagitau kalian tentang hobi pelik sye ni. Oh bukan, tolong jangan takut ye tuan puan, hobi saja pelik, orangnya bukan.#tukatakau

Ok, tapi, iklan TV sekarang ni amat mendukacitakan. Ada sesetangah yang menyakitkan hati dan jiwa. Kami bukan merupakan pelanggan Astro, jadi, TV commercial negara jadi tatapan. Dan tahu-tahulah, TV kita memang banyaknya iklan. Dan banyak iklan ni bukan-bukan. Kadang-kadang, kalau keluar iklan macam ni, sye terasa macam nak baling control kat TV tu kalau diikutkan. Tapi cakap sahaja, tak pernah buat, jahanam TV siapa nak jawab dekat Mr. Hubby kan?

Tapi, memang sakit hati tau. Tak percaya? Jom kita tengok sama-sama. Top 5 iklan TV sekarang yang sangat menguji kesabaran seorang insan. Especially SAYA!

5.
Ok, firstly, kalau nak pergi kedai makan sebelah, tak payah kot nak kutuk kedai makan yang pertama tu. Tak bersemangat muhibbah langsung! Dan, pernah ke kita ke kedai dan menyenarai panjangkan semua makanan yang ada? Waduh!

4.
Mula-mula iklan ni macam kelakar jugak. Ok, la, faham, orang bercinta. Tapi bila sampai bab pilot gelak sama-sama. Huh? WTH?

3.
Tak pernah tengok la pramugari balik kerja anak suami datang sambut kat airport macam tak jumpa berhari-hari! =P

2.
Kenapa suami dia kata tak nampak cincin kalau dia tau cincin kat mana. Kalau nak buat surprise ka, tapi bagi time tu jugak. Confuse den! Dan, apa kena mengena cincin dan milk bath?

1.
Paling menyampah! Sye pun belum habis bayar PTPTN weh, tapi time malam membuta dengan nyenyaknya! Eh, ke sye sorang je? Wakakaka! 

Betul tak? Sakit hati kan? =P

Ni hanyalah pedapat sye semata-mata. Tak berniat nak mengguriskan hati sesiapa. Bukan la benci tahap mengutuk si pembuat iklan. Cuma konsep tu buat sye tertekan. Dan mugkin sesetengah orang pun berpendapat sama dengan sye cuma belum diluahkan. =)

Have a nice day everyone!

xoxo
Deez

P/S: Jangan lupa hari ni Khamis malam Jumaat tau! ;)


❤ Confusion ❤


Ni nak makan ke nak korek telinga ni?
=)

❤ Aku Lapaq ❤

Hello ❤,
Maaf kalau tajuk entri kali ni kasar sikit dari biasa.
Tapi, oh, memang, memang sye nak menjerit sekuat suara: "AKU LAPAQ!"

Bukan di saat ini saja. Setiap masa. SETIAP masa. Sye tekankan sekali lagi, setiap masa!
Celik-celik mata, kelaparan tu dah terasa. Tak dapat makan, badan mula menggigil macam raksasa. Bukan tak makan lagi, baru 2 jam yang lalu makan, tapi sebab dah lapar, tak boleh tunggu, dia menggigil-gigil power!

Dan, bangun pukul 5:30 pagi, masuk dapur, masak omelette, makan sendiri. 

Sye terasa seperti seekor raksasa pembawa binasa!
Eh, kalau tengok iklan makanan kat TV, boleh macam nak meleleh air lioq tu. Huduh betul perangai di kala ini.

Tapi, Mr. Hubby kata sye makan for three. Logik la lapar selalu. Tapi, tapi, tapi, takkan sampai macam tu!
Dan berat pun dah naik 56kg dalam masa beberapa minggu. Weh, sye baru pregnant 7 minggu. *gulp*

Sekarang, sye terasa macam raksasa begini. 


Namun, sebab nak control ayu punya pasal depan suami, sepanjang masa sye jadi penunggu depan pinggan nasi. Menunggu Mr. Hubby yang baik hati melayan nafsu makan seorang isteri. Haish!





Normalkah, semangat makan yang macam dinasour ni?

*pictures courtesy of google*


xoxo
Deez


P/S: Kalau macam ni berapa berat bila dah jadi mak buyong nanti? Oh, SCARY!!!!


❤ WEEPER ❤

❤ Oh, mood for love!

I love Sunday. Why? Because my Sundays always goes smoothly. I do not know why, but lil baby's mood seemed to be extremely well on Sundays. She'd be very cooperative, sporting and supportive throughout the day. And today is no exception. Done cleaning the house, washed the laundry, folded all clean clothes, cooked lunch, and ate lunch. Yes, I love it when a plan comes together! =) Eh, dah lari tajuk!

Well, since everything went too well, I was able to steal some time this morning to watch a lil TV. Woah, how did I do it? Amazing right? *pat self on the back* And, I happened to watch the making of the new 'The Vow' movie. Oh ya, the making, just the making, behind the scenes, BUT, I wept like a baby! Wept and wept and wept and can't seem to stop until the show end. Luckily it was half an hour or else lakiku balik nanti mata bengkak! This is one movie I just have to watch this year. Not at the cinema of course since lil baby do not like the cinema that much. But, I'll try downloading it once good quality RIP are available. Need to remind myself though, to keep boxes of tissues while watching. BOXES! =P

Don't believe me? This is one romantic story.


If you do not weep, great!
If you do, hugs for you! Incredible right? 
I mean, come on, Rachel McAdams. I had still have a huge crush on her since The Notebook.
And Channing Tatum, come on now, who doesn't cry watching Dear John?

Let's be the teenage hopeless romantics for a bit shall we.

xoxo
Deez

P/S: Huhu, teringat masa baru-baru nak bercinta dulu. Maluuuuuu! [*_*']
  

❤ Lin Handmade Greeting Card April Giveaway ❤

Ini pun sye nak cuba nasib juga.



Sebab?
Sye suka frame ini. Cantik! Mengidam lagi! #tendanglajulaju
Nak join, visit link ni.
=) Semoga berjaya!
Category: 4 comments

❤ Share Your Love With Cards Giveaway ❤


Oh, first time sye nak join GA.
Hadiahnye cantik sekali! *drooling*
Ini tak boleh jadi.
Benda pertama yang diidam baby! KAHKAHKAH #mintakpelempang
Kalau nak join, tekan link ini.

Oh, tapi kalau kalian join, tipislah peluang kami!
Cet! Tak boleh, hati busuk tak menang nanti.
Joinlah, jom join ramai2 memeriahkan blog cantik share.your.love.with.cards ni. =)
Category: 1 comments

❤ Terkena Buatan Orang ❤


MUAHAHAHA....*gelak setan*
Eh, silap, tak boleh gelak setan, 
Heheheh....*gelak ayu*
Syukur Alhamdulillah!

Memang terkena buatan orang la kan?! Yang bertanggungjawab, sila tampil ke hadapan. =)
Dia lagi seronok sebenarnya nak hebah satu dunia! =)

Thing is, ni test no.2. Test pertama, cuma faint line sahaja. Bagi mendapatkan kepuasan hati semua pihak, sye ambik test kedua. Alhamdulillah. Tersenyum sampai telinga. 

Doakan kami ya!

Oh tapi, ada kot yang berduka lara.


Selamat berhujung minggu!

xoxo
Deez

❤ Tertekan ❤


Bila bayi tidur dalam keadaan tertekan.
Eh, ingat kami takda masalah negara ke yang nak difikirkan.
Contoh? - Bahagian rumah mana di hari esok yang nak disepah-sepahkan?
Life threatening decisions okai! 
=P

❤ Jari Jemari & Gigitan Berdarah ❤

Cerita ni dah long overdue. Terjadi beberapa minggu yang lalu, cume belum sempat nak berhikayat sepantas kilat seperti selalu. Tapi, pengalaman ni kena dikenang selalu, maka entri kali ini cerita yang sedikit berlalu. =)

Tak seperti hari-hari biasa, bila lil baby bangun, mama akan berada di sisi, melayan kerenah, menggomol pipi, bermanja-manjaan sebelum mandi. Tapi, hari itu sedikit lain lagaknya. Mama terasa badan panas satu macam, berat kepala, tak payah nak kata. So, sye susukan baby, sambil-sambil baring lagi. Eh, tiba-tibe terlelap balik. Hadohainyer pun. Terkejut, tiba-tiba, terasa rumah sunyi sepi, pusing kanan pusing kiri, takde orang di sisi. Ya, sye mnggelabah. Bak kata Mr. Hubby, menggelabah itik, cepat-cepat angun, cari satu rumah, anak dan suami entah ke mana. Apa nak buat? Mengeluh je lah. Tanpa anak, rumah ni rasa sunyi sepi sekali. Agak-agak best kot nak tidur ni! Yabedabedu!!! Yehaaa.... sye kembali baring atas katil. 15 minit, nak lelap mata pun tak kesampaian. Tanpa bunyi bising yang si kecik buat, sye tak ada ketenangan. So, sye pergi mandi, dan cuba2 buat sarapan. Selang 30 minit, hati sye tak keruan lagi. Call Mr. Hubby dengan tegas sekali - BALIK!!!!! Macam dalam cerita dulu-dulu tu, mak panggil anak dara yang dok ada kat hujung kampung berbual-bual dengan anak teruna. Hehe, taklah, cakap elok-elok, suruh diaorang balik. Mama rindu! Jadi overdramatik nanti bapak terus bawak lari anak baru padan muka aku! =P

Dan selang sepuluh minit, anak dan bapak dah berada di muka pintu. Oh, mama rindu. Dan, masa tu jugak, dia tunjukkan tapak tangan dia dekat sye. Aduh, macam nak pengsan rasanya! Darah, banyak darah, antara jari telunjuk dan ibu jari dia. Ok, mama kalau tadi terasa nak demam, dah terus baik tau! Tapi, terasa nak pitam!

Kenapa? Kenapa berdarah macam ni? Sye tanya-tanya sambil menglabah sekali lagi.
Bapak dengan selambanya menjawab, ke Bukit Belacan tadi, pacat gigit.
HUWAAAA.... I hate that pacat!
Tapi anak? Relex je, setitik air mata pun takda.
Ok, official, mama memang over! =(


Weh, mana tak over, jaga jari jemari ni bagai nak rak, mengalahkan seorang puteri raja ok!
=(

Dan insiden anak kena gigit pacat akan satu hari jadi kenangan kami semua.

Oh, dan demam sye macam mana?
HILANG!
kuang kuang kuang =P

xoxo
Deez

P/S: Hari-hari mendatang, memang sye yang akan banyak menagis dari anak kecil ini!

❤ Professional Photos ❤

Ahad yang busy.

Ini teaser sahaja. Akan ada cerita lagi. Mungkin esok, mungkin nanti. Lepas hilang sakit kepala ni sekali.


Haish! Bukan senang tau nak ambil gambar si kecil ni! =)
Semoga anda semua seronok di hari minggu ni.

xoxo
Deez

P/S: Nak print semua gambar professional photoshoot ni boleh? =P