❤ Aku Lapaq ❤

Hello ❤,
Maaf kalau tajuk entri kali ni kasar sikit dari biasa.
Tapi, oh, memang, memang sye nak menjerit sekuat suara: "AKU LAPAQ!"

Bukan di saat ini saja. Setiap masa. SETIAP masa. Sye tekankan sekali lagi, setiap masa!
Celik-celik mata, kelaparan tu dah terasa. Tak dapat makan, badan mula menggigil macam raksasa. Bukan tak makan lagi, baru 2 jam yang lalu makan, tapi sebab dah lapar, tak boleh tunggu, dia menggigil-gigil power!

Dan, bangun pukul 5:30 pagi, masuk dapur, masak omelette, makan sendiri. 

Sye terasa seperti seekor raksasa pembawa binasa!
Eh, kalau tengok iklan makanan kat TV, boleh macam nak meleleh air lioq tu. Huduh betul perangai di kala ini.

Tapi, Mr. Hubby kata sye makan for three. Logik la lapar selalu. Tapi, tapi, tapi, takkan sampai macam tu!
Dan berat pun dah naik 56kg dalam masa beberapa minggu. Weh, sye baru pregnant 7 minggu. *gulp*

Sekarang, sye terasa macam raksasa begini. 


Namun, sebab nak control ayu punya pasal depan suami, sepanjang masa sye jadi penunggu depan pinggan nasi. Menunggu Mr. Hubby yang baik hati melayan nafsu makan seorang isteri. Haish!





Normalkah, semangat makan yang macam dinasour ni?

*pictures courtesy of google*


xoxo
Deez


P/S: Kalau macam ni berapa berat bila dah jadi mak buyong nanti? Oh, SCARY!!!!


0 comments:

Post a Comment