❤ Anak Bapak Ni ❤

Asslamualaikum.
Masih pening-pening gajah. Dugaan. 

Aisyah ni, sejak dari kecik memang anak bapak.
Saudara mara sebelah Mr. Hubby semua memang kata muka dia sebijik muka bapak dia time kecik-kecik dulu. Time tu mama tak boleh terima kenyataan, mencari-cari apa benda yang sama dengan mama, nak juga share nama sebulu. Tapi, takde. Memang takde. Sekarang, dah menerima kenyataan itu. Ini memang anak bapak. Sye pasrah. Dah memang anak bapak la pun kan!

Bukan rupa dan perangai je ala-ala bapak. Dia juga seorang anak yang terlampau manja dengan bapak. Sampaikan kalau bapak balik lewat sikit, nama bapak je yang bermain-main kat bibir dia tu. Kadang-kadang geram, suruh sebut mama, memang jarang sekali nak dengar. Time sakit je nak sebut mama. Kesian mama kan? Dan perkataan pertama yang keluar mulut dia pun 'BAPAK'.#dasaranakbapak

Masa sye pregnantkan dia dulu, sye memang terlebih mengada dengan bapaknya. Memang. Mungkin itu sebabnya. Tak boleh tak jumpa lama sikit; rindu katanya. Mengalahkan time bercinta. So tu yang anak keluar pun rupa bapak dan bapaklah segalanya. So, kali ni, nak duduk jauh-jauh dengan bapak. Taknak rindu-rindu lagi. Biar anak nombor 2 jadi anak mama pula kali ni. Boleh pulak macam tu? =P To be fair, mama yang kendong 9 bulan ke sana sini. Nak jugak ada legasi mama sekali!

 Rindu bapak sampai macam ni sekali. Tidur pun nak pakai baju bapak yang belum cuci. Iskh. Berapa lama tak jumpa ni? Oh, baru pagi tadi hantar bapak pergi kerja waktu subuh-subuh hari! ['*_*]

Oooops, terbangun pulak bunyi camera mama klik sana sini.
Tersengih seronok - Oh, saya sedang pakai baju bapak lagi. Yeay! 

xoxox
Deez

P/S: Susah nak pujuk mandi, taknak cabut baju bapak dari badan sendiri. Aduh. Anak bapak la kan ni? =)

10 comments:

lia said...

he3 cute banget...

Amsyar lak kalau papa outsttaion, elok pelok kain pelikat papa bawak tido he3

lelamaisara said...

kalu anak pompuan ikut muka bapa kate orang hubungan suami isteri tu sejuk aje..he...tak tau la betui ke idak...

ieja amieja said...

rasanya sekarang ni mmg sume ank bapak kot..bukan ank RD je ank bpk, ank akk, ank adk beradik akk sume mmg lbh rapat dgn bapak masing2..bila dah besar br lah ank dara akk tu lbh rapat dgn akk..senang nak kongsi cerita,,

LYAfrina said...

hoho..comel..so sweet... anak bapak yer... sama mcm kakak asya la.. skit2 nak papa dia..

norhidana said...

heheheh selalu kalu girl msti anak bapak ek, kalu boy anak mama...

Qhaifa Nur said...

gegurl sorang kat umah pun sama rapat sangat dengan papanya...benarlah kata orang anak girl lebih kat papa...

Mak Wardah said...

Comel sangat!!!!hah3

maszmadi said...

hikhik sweet jerk anak bapak nieh..

Munnafendy said...

alahai...rindu sgt la tu =)

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

sama la ngan my alya,
taleh berenggang kalo abah die ade..
huhu, kite pun dh x pedulik..
tp ok gak, leh mommie die ni qada' tido.. hahahhaha

Post a Comment