❤ Dek Akibat Tercucuk Subang Di Kaki Grandpanya ❤

Dek akibat tercucuk subang di kaki grandpanya,
Maka, kami berkampung di Hospital Kajang dengan hati yang rela.

Peristiwa terucuk ni terjadi sebulan yang lepas. Grandpa masuk toilet dan kaki tercucuk dengan subang kepunyaan cucu tersayang. Biasalah, budak-budak baru sekolah, mandi mesti subang tertanggal. Dan, dengan otak yang berfikir tentang aktiviti berikutnya selepas mandi, jangan haraplah dia nak mencari subang yang jatuh tadi. Nak dijadikan kisah, antara ramai-ramai kaki yang melangkah ke toilet tersebut, kaki Grandpa juga yang menjadi mangsa keadaan. Selama sebulan kaki grandpa bengkak, dan kami sangkakan, biasalah, Grandpa kan diabetic patient, normal kaki bengkak selepas kena cucuk kan? Oh, tapi selepas beberapa trip ke klinik dan hospital terdekat, kaki Grandpa masih tak menunjukkan ciri-ciri untuk mengalami keredaan. 

Khamis lepas, Grandpa di admit, di luar jangkaan. Rupanya dah bernanah. Dan semalan, operation dijalankan dalam usaha memulihkan kaki Grandpa. Semalam jugalah kami mula berkampung di hospital dengan setia. Mr. Hubby ambil cuti, nak berada di sisi daddynya. Kami pun degil, nak jadi penunggu, tak mahu ditinggal-tinggalkan di rumah sahaja. Konon nanti lepas operation si kecil boleh jadi tukang ceriakan Grandpanya. Eh, tapi, tup-tup, kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk dalam ward rupanya! kuang kuang kuang. So, kami melepak di sekitar kawasan tu lah akhirannya. Tak pa, kami gilir-gilir ambil masa temankan Grandpa kalau-kalau perlukan apa-apa.

Oh, tapi, si kecil. Dia amat gembira. Si explorer sye seronok la dapat kawasan yang luas untuk diterokai. Mama la yang penat kejar sana sini!

 Macam biasa, duduk sana sini, buat macam rumah sendiri, tak payah pikir kuman mahupun serangga kecil, nanti boleh mandi.

Si kecil yang berani kini, sapa orang kanan kiri.

Pokok mati pun seronok dikaji.

Hari kedua maybe sedikit kebosanan - eh, kat sini lagi! ❤

Dua hari di hospital, sedarkan sye, sebenarnya, ramai yang sakit di kala kita sihat walafiat meniti hari-hari. Alhamdulillah. Semoga yang sakit semua cepat-cepat baik. Dan, Grandpa juga!

xoxo
Deez

P/S: Esok kami ke sini lagi, ada siapa-siapa juga di sini? Mungkin boleh berjumpa nanti. =)

1 comments:

Nisa said...

MashaAllah, what a beautiful little kids you have there ♥

I'm glad your Dad is getting better and better everyday. Semoga Allah SWT ringankan beban kesakitannya.

Post a Comment