❤ Dinding Yang Jadi Mangsa ❤

Mangsa apa?

Mangsa keganasan?
Mangsa keadaan?
Mangsa penderaan?

Ha, semua yang di atas.

Bagi menajamkan sistem koordinasi mata, tangan dan kecekapan anak, kami ada beli papan dart untuk training anak kami. Oh, time tu kami budget anak kami dah muda remaja kot, boleh pulak belikan mainan merbahaya camtu nak kasi si baby main. Terlebih bersemangat la nak training anak konon-kononnya tu.#hakptuii

Dah sedar yang anak memang takde chance la nak main benda alah tu dalam masa terdekat, papan dart jadi sumber mama dan bapak la hilangkan kebosanan. Suka sye nak nyatakan yang kami ni bukan pemain dart professional. Main pun jarang-jarang sekali. Maka, main memang tahap yang tak reti, cuma suka-suka dan menggelikan hati. Mr. Hubby kata training diri sendiri untuk training anak-anak nanti.

Tapi, main punya main, tanpa disedari (ini tipu), si dinding dah jadi mangsa kami.
Sye okay je, main pelan-pelan, ni semua kerja Mr. hubby! ❤


Bila nak pindah nanti, siapla nak jawab kat aunty nyonya tu sebab apa dinding dia berlubang-lubang macam ni. Haha.

xoxo
Deez

P/S: Tapi makin banyak lubang tu tandanya makin cekap kami main dart la nanti. =P

5 comments:

Acik Erna said...

salam ren..acik dulu sebelum pindah..sempat pulak beli cat kapur tu..tutup semua lubang2..sebab quaters..risau jugak kan..he he

Kunang-Kunang said...

Sebelum pindah, nampak gayanya kena catlah dulu dinding tu.

norhidana said...

hehehehhe.... kesian dinding tu yek...
sebenarnyer mmg niat nk bg kt anak ke mmg mak pak nye yg nk main tu yek

Saya Disini said...

hehe.sian dinding..sakit3 dia kata

Ren Din said...

Salam Acik. Ha, mak sye dulu pun selalu buat camtu. Hehe, kena ingat petua kapur ni! =) @Acik Erna

Betul, nanti tak dapat duit deposit balik =P @Kunang-Kunang

Niat memang nak bagi anak main, kena tunggu besar sikit, tapi dah tak sabar dah tuuu =P @norhidana

Nasib baik kita tak dengar dia berkata-kata. Kalu tak seram, pindah terus kot! Haha @Saya Disini

Post a Comment