❤ Jari Jemari & Gigitan Berdarah ❤

Cerita ni dah long overdue. Terjadi beberapa minggu yang lalu, cume belum sempat nak berhikayat sepantas kilat seperti selalu. Tapi, pengalaman ni kena dikenang selalu, maka entri kali ini cerita yang sedikit berlalu. =)

Tak seperti hari-hari biasa, bila lil baby bangun, mama akan berada di sisi, melayan kerenah, menggomol pipi, bermanja-manjaan sebelum mandi. Tapi, hari itu sedikit lain lagaknya. Mama terasa badan panas satu macam, berat kepala, tak payah nak kata. So, sye susukan baby, sambil-sambil baring lagi. Eh, tiba-tibe terlelap balik. Hadohainyer pun. Terkejut, tiba-tiba, terasa rumah sunyi sepi, pusing kanan pusing kiri, takde orang di sisi. Ya, sye mnggelabah. Bak kata Mr. Hubby, menggelabah itik, cepat-cepat angun, cari satu rumah, anak dan suami entah ke mana. Apa nak buat? Mengeluh je lah. Tanpa anak, rumah ni rasa sunyi sepi sekali. Agak-agak best kot nak tidur ni! Yabedabedu!!! Yehaaa.... sye kembali baring atas katil. 15 minit, nak lelap mata pun tak kesampaian. Tanpa bunyi bising yang si kecik buat, sye tak ada ketenangan. So, sye pergi mandi, dan cuba2 buat sarapan. Selang 30 minit, hati sye tak keruan lagi. Call Mr. Hubby dengan tegas sekali - BALIK!!!!! Macam dalam cerita dulu-dulu tu, mak panggil anak dara yang dok ada kat hujung kampung berbual-bual dengan anak teruna. Hehe, taklah, cakap elok-elok, suruh diaorang balik. Mama rindu! Jadi overdramatik nanti bapak terus bawak lari anak baru padan muka aku! =P

Dan selang sepuluh minit, anak dan bapak dah berada di muka pintu. Oh, mama rindu. Dan, masa tu jugak, dia tunjukkan tapak tangan dia dekat sye. Aduh, macam nak pengsan rasanya! Darah, banyak darah, antara jari telunjuk dan ibu jari dia. Ok, mama kalau tadi terasa nak demam, dah terus baik tau! Tapi, terasa nak pitam!

Kenapa? Kenapa berdarah macam ni? Sye tanya-tanya sambil menglabah sekali lagi.
Bapak dengan selambanya menjawab, ke Bukit Belacan tadi, pacat gigit.
HUWAAAA.... I hate that pacat!
Tapi anak? Relex je, setitik air mata pun takda.
Ok, official, mama memang over! =(


Weh, mana tak over, jaga jari jemari ni bagai nak rak, mengalahkan seorang puteri raja ok!
=(

Dan insiden anak kena gigit pacat akan satu hari jadi kenangan kami semua.

Oh, dan demam sye macam mana?
HILANG!
kuang kuang kuang =P

xoxo
Deez

P/S: Hari-hari mendatang, memang sye yang akan banyak menagis dari anak kecil ini!

0 comments:

Post a Comment