❤ Monday Blues ❤

Kononnya!
Sebenarnya pening-pening kepala.
Dan ada hajat nak bercerita tentang Sabtu yang lalu, pergi satu kursus di Shah Alam. Tapi, kalau entri itu, harus dalam mood sedikit serius. Sebab kursus itu serius, dan sye mahu apa yang bakal sye aplikasikan dari kursus itu berjaya. Dan tak nak sye berceloteh ala-ala kadar aje. Nanti orang ingat main-main pula.

Jadi sye akan cerita pasal kursus itu di entri lain. Esok mungkin, dengan harapan esok dah tak sakit kepala dah please! Huhu.

Eh. Tukar fikiran. Sebab anak dah tidur dan sikit ketenangan di minda.

Sye pergi kursus Kaedah Mengajar Al-Quran kepada Bayi Dan Kanak-Kanak yang dianjurkan oleh Islamic Parenting Network. Boleh tengok website IPN kat sini. Website yang sangat bermanfaat khususnya para ibubapa. Sangat best! Dan bermanfaat! Dan baru sye tahu Perbadanan Perpustakaan Shah Alam tu oh #yeskaumemangbestdabomb! Library yang sangat best. Tapi bukan nak cerita pasal library (walaupun wajib cerita di lain hari). Nak bercerita pasal kursus tu. Sye terjumpa website tu dalam sebulan yang lalu. Hati pun tertarik-tarik nak ikut kursus tu. Mak aih, hati sangat sayu plus gembira plus cemburu tengok anak Puan Lina tu dah BACA dan HAFAL (sesetengah surah) Al-Quran sebelum mencecah umur 4 tahun! Impossible OK! Untuk kita orang tua pun surah-surah Muqaddam tu tertunggak terbalik lagi kan. So, sye pun join la kursus tu walaupun kena tunggu sebulan. Takpe! Sye nak jugak anak sye jadi kana-kanak yang berjaya macam mereka! RM150 tu kira investment kecil-kecilan.

Tak ke sejuk perut ibu mengandung? *sobs*

Banyak teknik-teknik dan tips yang sye dapat selama 5 jam kursus tu. Dan yang paling pasti, kena konsisten. Dan ia TAK MUDAH. Bukan senang ye, Takde nyer hari ni ajar esok dah boleh baca. Perkara yang paling penting, SABAR. Oh, sabar kan separuh dari iman. Kalau ada cita-cita tinggi, kemahuan tinggi, pasti Allah akan menguji.

Semangat berkobar-kobar ni nak mengajar si kecik. Hihi. Doakan yer.

Dan satu lagi, pertama-tama kali berenggang dengan si kecil, 5 jam terasa macam 5 tahun lamanya. Memang over, tapi dala kursus hati berada dengan dia. Keluar-keluar kursus peluk cium lupa dunia. Tanya Mr. Hubby si tukang penjaga, 'Ada tak dia nangis, cari mama?' Mr. Hubby senyum-senyum kambing sambil geleng-geleng kepala! Haih! Kan dah kata, mama dia over! ='(  Booooo! Haha

xoxo
Deez

P/S: Kalau ada yang nak notes yang sye dapat dari kursus tu, silalah bagitau! Jangan segan jangan malu. Nanti boleh sye photostatkan! =)

5 comments:

Acik Erna said...

assalam Ren..semoga berjaya mendidik sikecik celik alquran.

norhidana said...

mmg sejuk perut ibu mengandung...
camne lah tu agaknyer yek..cube cite skit2 mana lah tau dpt di praktik kan skit2

Rozita said...

Cer citer sikit sikit, mana tau ada yg boleh akak praktikkan

KakNeng said...

wah.. bagus tu..
boleh share note? berminat juga... >wink!<

Ren Din said...

Waalaikumusalam Acik. Terima kasih atas doanya =) @Acik Erna

Haa... nak cerita kat sini payah naaa. Tapi basic sekali mula dengan guna flashcard, ajar anak mengenal huruf dulu.

Bila dah kenal, move on kepada bunyi baris pulak. Dan seterusnya, ajar huruf bersambung. Bila dah boleh baca, boleh terus suruh hafal pelan2.

Yang penting, buat secara konsisten, sehari paling kurang sejam mengajar.

Dan kurangkan anasir tak bermanfaat macam radio dan rancangan TV. Hari2 mainkan ayat2 al-Quran yang kita nak anak hafal. Bermula dengan surah2 pendek.Dan kadang2 selitkan surah2 pilihan yang panjang.

Fasa sebelum anak leka nak tidur tu, dia akan meresap apa yang didengar. Terus ke dalam hati. Jadi, mudah nak mengingati dan akan familiar nanti.

Penting sekali, jaga pemakanan dan minum anak. Amalkan pemakanan sunnah sepanjang hari.

Alah, kalian fham ke ni?
Takpe, nanti sye scankan semua notes yang diberi dan e-mailkan pada yang nak. Boleh? Huhu, tapi bila tu kena tunggu sikit,kesihatan tak berapa nak mengizinkan! =)

@norhidana, Rozita & KakNeng

Post a Comment