❤ Tepung Gomak ❤

Psssttt, semalam kami cuti. Menghabiskan hari depan mangkuk tandas. Dah start dah.#adakaukesah?
OK.

Tepung gomak.
Merupakan sejenis kuih tradisional yang enak, yang dibuat dari kacang hijau, yang agak leceh cara pembuatannya, dan yang kian dilupakan oleh masyarakat kita. 

Sye dari kecik lagi, atau, zaman muda remaja lagi memang sukakan kanak-kanak dan baby. Memang sentiasa bercita-cita nak jadi seorang ibu yang berjaya. Sangat suka kanak-kanak sehinggakan masa belajar dulu sye bekerja part time sebagai cikgu tadika. Kesimpulannya, kanak-kanak dan bayi memang merupakan hobi sampingan sye walau di mana sye berada atau tahap umur sye pada ketika itu.

Dan, dalam masa sye meng'observe' ramai kanak-kanak dan baby disebabkan kegemaran dan tarikan sye kepada mereka, satu perkara yang membuatkan sye jaki amat pada masa itu. Bila dan ketika para ibu, bapa ataupun penjaga membiarkan anak-anak mereka bertempek bedak dengan tebal kat muka. Tension weh masa tu! Sye akan dengan segala sukacitanya menyapu-nyapu dan merata-ratakan bedak di muka mereka sambil ber'grumble' 'Apalah dierang ni, nak letak bedak pun betul-betullah, jangan sampai macam anak nak masuk opera cina pulak! Malas la tu!' dan grumble-grumble lagi sambil menyimpulkan senyuman pada si kecil.

Oh, tapi sekarang sye tahu.
Sekarang sye faham.
Setelah jadi ibu ni, sekarang sye mengerti!

Di hari Jumaat ni, sye hulurkan ribuan kemaafan pada para ibu bapa dan penjaga yang pernah sye grumble kan. Sye budak hingusan tika tu, tak ada pengalaman hidup yang jitu. Maka, sye buat kesimpulan yang mematahkan kewibawaan kalian sebagai ibu bapa dan penjaga yang hebat. Maafkan sye.

Memang, memang satu rutin yang digeruni, untuk memakaikan pampers, baju, lotion dan bedak pada anak hari-hari. Kalau tak berlari satu rumah, memang tak sah jawabnya. Dan, sye belum mula bab ikat rambut lagi. Memang boleh meruntuhkan semangat dan jiwa raga. Terpekik-pekik macam orang yang kurang warasnya. 

Dan menyedari bahawa, anak sye baru seorang. Bagi mereka yang anak tiga dan selebihnya? Wahahahaha.
Tepung gomak pun tepung gomak la, janji dah siap bersihkan mereka! Kerja ini bukan senang ya!
=)

dan
*sigh*

xoxo
Deez

P/S: Sye agak mesti ada jugak orang yang grumble bila tengok kegomakkan anak sye sekali sekala kot =P


9 comments:

lia said...

masih x reti nak tepung gomakkan anak sbb x pakaikan bedak d muka anak ha3... sbb anak kata 'x ensem la ibu letak bedak kat muka' he3

norhidana said...

heheheh ingktan nk bg resepi bt tepung gomak td hehehe... rupenyer tepung gomak versi comel.... hehehe

lieyalatif said...

lieya pun selalu gune ayat tepong gomak tu...heheeheh..sebab lieya pun suke tgk budak berbedak mcm tepong gomak..wangi jeeeekkkk..geram nak cium2 ekeekekeek...

tapi kuih tepung gomak lieya kureng minat sikit sebab liat2 gitu...hihihi

si kiut lavender said...

hahaha..

oh tepung gomak yg penuh dgn kerenyehan...kikikki

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

hehe...that's the real life kan? :D

Karukord Jagau's said...

tu diaa haiihh... hehhehee

-gedek! said...

tepong dah naik harga... jimat2 sikit...

haha

MulutPayau said...

comel...hehehe..

Ren Din said...

Hehe, hero memang kena control macho @lia

Nak ke resepi tepung gomak? Boleh sye tanya emak. Tapi kan, beli kat pasar malam je la, senang! =P @norhidana

Betul, liat2 susah nak menguyah camtu. Tak disarankan untuk siapa2 yang pakai gigi palsu @lieyalatif

Sticky-sticky lagi tu =P @skl

Betul. What goes around comes around. Kena sentiasa beringat! =) @YM

Tempat lain takda. Sini ja! Kah3 @KJ

Sye ingat pesan Uncle tu. Lain kali sye jimat cermat sikit =P @-gedek

Tepung Gomak yang comel ke anak sye yang comel? =P @MulutPayau

Post a Comment