❤ TV Commercials Yang Menyakitkan Hati ❤

Assalamualaikum.
❤ly day kan?

Sejak dari kecik, sye memang suka tgk TV commercials. Kebiasaanya, time iklan adalah masa untuk orang buang air, tambah makanan, grab minuman, cuci berak anak dan sebagainya kan. Sye pulak, tunggu time iklan. Suka sangat tang iklan tu. Even masa belajar dulu, sye ada koleksi iklan sendiri; dalam negara dan luar sekali. Ikut kategori lagi. Sye download dari internet dan simpan dan burn dalam DVD. Sye sangat suka tgk iklan; sebab sye rasa syok sekali. Wehooo, teruja tau kalau dapat tengok iklan baru! Ok, tapi kat sini sye bukan nak bagitau kalian tentang hobi pelik sye ni. Oh bukan, tolong jangan takut ye tuan puan, hobi saja pelik, orangnya bukan.#tukatakau

Ok, tapi, iklan TV sekarang ni amat mendukacitakan. Ada sesetangah yang menyakitkan hati dan jiwa. Kami bukan merupakan pelanggan Astro, jadi, TV commercial negara jadi tatapan. Dan tahu-tahulah, TV kita memang banyaknya iklan. Dan banyak iklan ni bukan-bukan. Kadang-kadang, kalau keluar iklan macam ni, sye terasa macam nak baling control kat TV tu kalau diikutkan. Tapi cakap sahaja, tak pernah buat, jahanam TV siapa nak jawab dekat Mr. Hubby kan?

Tapi, memang sakit hati tau. Tak percaya? Jom kita tengok sama-sama. Top 5 iklan TV sekarang yang sangat menguji kesabaran seorang insan. Especially SAYA!

5.
Ok, firstly, kalau nak pergi kedai makan sebelah, tak payah kot nak kutuk kedai makan yang pertama tu. Tak bersemangat muhibbah langsung! Dan, pernah ke kita ke kedai dan menyenarai panjangkan semua makanan yang ada? Waduh!

4.
Mula-mula iklan ni macam kelakar jugak. Ok, la, faham, orang bercinta. Tapi bila sampai bab pilot gelak sama-sama. Huh? WTH?

3.
Tak pernah tengok la pramugari balik kerja anak suami datang sambut kat airport macam tak jumpa berhari-hari! =P

2.
Kenapa suami dia kata tak nampak cincin kalau dia tau cincin kat mana. Kalau nak buat surprise ka, tapi bagi time tu jugak. Confuse den! Dan, apa kena mengena cincin dan milk bath?

1.
Paling menyampah! Sye pun belum habis bayar PTPTN weh, tapi time malam membuta dengan nyenyaknya! Eh, ke sye sorang je? Wakakaka! 

Betul tak? Sakit hati kan? =P

Ni hanyalah pedapat sye semata-mata. Tak berniat nak mengguriskan hati sesiapa. Bukan la benci tahap mengutuk si pembuat iklan. Cuma konsep tu buat sye tertekan. Dan mugkin sesetengah orang pun berpendapat sama dengan sye cuma belum diluahkan. =)

Have a nice day everyone!

xoxo
Deez

P/S: Jangan lupa hari ni Khamis malam Jumaat tau! ;)


3 comments:

Karukord Jagau's said...

kihkihkih.....tp kan yg last tu..tang P/S tu.....siap pesan tu mlm ni mlm jumaat ekekkeee

Ren Din said...

Haip! Orang peringat soh baca Yasin! [*_*]

-gedek! said...

paling suka bila takde iklan...

haha

Post a Comment