Quick Updates

Blogging through IPod. Had been quite busy lately. Plus, the health constraints limit the time I'm able to spend online. Thus, the lack of update. Am currently at Senawang, enjoying the company of my big Sis and lol talkative 2 years old niece who is crazily in love with lol baby and vise versa. It is fun to see them interact with each other and how my child is joyfully having fun with another kid. She seemed so big now, ah, how time flies. Well, typing with iPod is an obvious pain in the bum so I'll try to update soon. :)
Category: 3 comments

❤ Lawatan Ke Dapur ❤

Assalamualaikum

Entri berselang-selang lagi!
Huhu!
Anak beransur sihat, mamanya pulak demam. 3 hari tak larat nak bangun.
Kesian anak. Sedikit terabai, mamanya tak larat. 

Alhamdulillah, harini dah dapat bangun. Dapat basuh dan sidai pakaian, dapat sapu rumah bahagian depan *duh, nak sampai bahagian belakang dah pening dan mengundang kegelapan*. So, sapu bahagian depan sahaja.
Sambung baring dan layan anak. Dalam tengah hari, ada mood nak melawat ke dapur. Dah dekat seminggu dapur itu tak berasap. Mesti dapur pun rasa ditinggalkan. Godek sana sini, ada mood nak buat bihun sup yang sesuai untuk orang yang sedang jaga kesihatan.

Plus, senang dan sekejap. By 1.30, dah dapat suap anak makan! =)


Demam katanya, tapi makan sampai penuh 2 pinggan!
Pelahap. Tapi Ok la, dah 3 hari makan tak sedap. Tu, sambal kicap pedas-pedas yang buat rasa mengancam! =D

xoxo
Deez

P/S: Apahal pulak kentang dalam sup bihun sup? Hihi, si kecik suka sangat kentang dalam sup, itu untuk dia! =)

❤ Online Shopping ❤

❤ Assalamualaikum

Sekejap je dah nak Jumaat kan? =)

I rarely shop online for my girl's things especially clothes. Kalau mama dia punya baju or tudung, online je la. Paling senang dan jimat masa dan tenaga. Tapi, barang baby, tak boleh, Jarang sangat. Rasa tak puas hati kalau tak pegang dulu, belek-belek, tengok kiri kanan - physically. Dan lagi-lagi bab baju, takut sizing lari. Dan sebab utama sekali, banyak baju-baju baby jual kat interenet ni, kalaupun memang cantik, tapi sama je dari satu kedai ni ke kedai tu. Terlampau common pun tak best jugak kan? Anak pun mesti nak rasa bergaya sakan! Hehe

Tapi, recently, sye terjumpa koleksi baju yang amat memikat hati. Very pretty! Sangat cantik, tak tipu. Tapi mode pembeliannya kena beli berkodi-kodi membuatkan hati sye pilu. Dan dah berhari-hari sye cuba melupakan baju-baju itu. Cuba untuk melepaskan pandang pada kecantikkan baju-baju kecil yang cantik dan gorgeous itu. Tapi, tiap-tiap hari jugak sye akan pandang gambar baju-baju dan idamkan untuk dipakai atas badan anak suatu hari nanti. Misi pencarian kalau-kalau ada kedai yang menjual baju tersebut secara retail jugak sye lakukan hari-hari dengan jitu, tanpa rasa jemu. Sia-sia. Tak jumpa. Ha, masa ni mesti anda rasa oh, dia ni exaggerate sangat lah! Melampau. Tak, kalian harus faham. Sye bukan lebih-lebih. Sye memang macam ni, mesti nak dapatkan apa yang dah bekenan di hati. Lebih-lebih lagi kalau untuk si anak jantung hati.

Tak percaya, jom la tengok gambar baju-baju yang diidamkan ni.

Silalah. Tengoklah. Jamulah mata anda.
Tapi hati-hati, jangan sampai berjangkit meroyan sye pada diri anda pula.=)



 Ini tak tahan! Cantik sangat! Feminin lagi!

 Oh, mana nak beli ni?
Yang boy pun banyak! Comel-comel dan hensem-hensam macam ni!
#pengsan

Ok, kalau kalian tahu ada mana-mana kedai jual baju macam ni, mintak jasa baik tolong inform. Tak kira la online atau offline. Sye memang dah teringin sangat ni! =)

Tengok, anda juga setuju kan? Comel kan? Sye tak melampau kan?
Hehe

xoxo
Deez

P/S: Agak-agak kalau sye beli kodi-kodi dan jual laku tak baju-baju ni?

❤ Dah Nama Pun Baby Girl ❤

Assalamualaikum
Wahaha. Blog yang ditinggalkan. Seminggu jugak kot. Alamak, tak sempat nak wish selamat hari buruh! #cumalakikutakcuti

Seminggu tak ada mood nak bukak blog. Oh, bukan takda mood, tengok skrin je rasa nak muntah! Anak dalam perut belum kenal dunia teknologi maya. Tapi, rindu nak berblogging, dan melawat sini sana. 
Tapi sebenarnya, sebab utama, si kecik demam. Dah nak masuk 4 hari lamanya. Kesian, selalu ligat. Ni lembik macam kain. Makan pun tak sedap. Selsema dan batuk yang kuat buat hati mama runsing.
Alhamdulillah, demam dah kebah. Batuk pun dah kurang. Selsema je ada lagi ni. Takpa Aisyah, sakit demam tu tanda Allah sayang kita. Allah sayang Aisyah tu. =)

Membebel lebih. Apa kena mengena tajuk kau dengan bebelan kau ni Ren?
Eh, ada. 
Nantikan. =P

Sye rasa mesti ramai ibu-ibu yang ada anak perempuan familiar dengan keadaan ni. Kadang-kadang bukan sengaja pun, tengok-tengok dah jadi macam tu. Dan akhirnya, kita kata, "Dah nama pun baby girl," =D

 PINK octy

 PINK cuppy

 PINK plate

 PINK handbag

 PINK powder

 PINK wipes 

 PINK lotion

 Semua benda pun kena color PINK la yer!

Sampaikan,
Doctor pun macam tahu-tahu trend rumah ni.

 PINK UBAT!!!!! =P

Sungguh, janji, semua benda jadi pink secara kebetulan. Bukan mama gila pink pun. Dan anak, biasa-biasa aja. Rasanya dia lagi excited degan green color. Tapi entahlah, macam mana boleh banyak pulak sedondon pink jadinya. Macam comel-comel aje kot. 

 
Budak demam dan barangan PINK nya!
Slack la, baju boleh pulak tak pink. Thehehehe. Si demam kena buli! =P

xoxo
Deez

P/S: Nak blogwalking sampai puas!=)