❤ Lawatan Ke Dapur ❤

Assalamualaikum

Entri berselang-selang lagi!
Huhu!
Anak beransur sihat, mamanya pulak demam. 3 hari tak larat nak bangun.
Kesian anak. Sedikit terabai, mamanya tak larat. 

Alhamdulillah, harini dah dapat bangun. Dapat basuh dan sidai pakaian, dapat sapu rumah bahagian depan *duh, nak sampai bahagian belakang dah pening dan mengundang kegelapan*. So, sapu bahagian depan sahaja.
Sambung baring dan layan anak. Dalam tengah hari, ada mood nak melawat ke dapur. Dah dekat seminggu dapur itu tak berasap. Mesti dapur pun rasa ditinggalkan. Godek sana sini, ada mood nak buat bihun sup yang sesuai untuk orang yang sedang jaga kesihatan.

Plus, senang dan sekejap. By 1.30, dah dapat suap anak makan! =)


Demam katanya, tapi makan sampai penuh 2 pinggan!
Pelahap. Tapi Ok la, dah 3 hari makan tak sedap. Tu, sambal kicap pedas-pedas yang buat rasa mengancam! =D

xoxo
Deez

P/S: Apahal pulak kentang dalam sup bihun sup? Hihi, si kecik suka sangat kentang dalam sup, itu untuk dia! =)

7 comments:

Tentang Kita said...

semoga sihat dan kembali bertenaga...

kakcik said...

Selera dah pulih, tanda2 demam akan kebah. InsyaAllah. :)

LYAfrina said...

kalo time xde selera n demam2 ..mmg ok sgt mkn mde bsup mcm ni.. tp mujurla still bselerakan.. apa pon moga brnsur smbuh

ieja amieja said...

mmg sesuai la menu tu utk org yg br nak sembuh dr demam..berpeluh2 makan bihun tu..
lps ni kompom selera mkn ada, demam pun terus kebah..

norhidana said...

biasalah tu, kalu tak sihat sume selera mati... alhamdulillah dh sihat yek...

Momma Mia said...

sis email alin details utk conway ni - http://alinalancontest.blogspot.com/2012/03/miakididdles-giveaway-cabaran-penyusuan.html

ke azlin.mohdatan@gmail.com

Stylista.Collection said...

hye jom follow blog kami pulak.tq
http://stylistacollection.blogspot.com

Post a Comment