❤ Bangun Semula ❤

❤ Assalamualaikum.
Ada lagi ke orang nak baca? Blog yang ditinggal lama. Haha. 
Perempuan ni, kalau ada kategori blog ditinggalkan of the year, boleh nominatekan dia. Asyik2 hilang takde berita! =P

Sebenarnya, something unexpected happened. About a month time ago. Actually, the exact date was 31st of May 2012. Sebulan sudah. Sye sebenarnya berkira-kira nak menulis tentang kronologi kisah kali ni. Rasa sedih yang amat. Dan, rasa macam takde mood nak bercerita tentang kisah ini. Tapi, ini kan diary kami. Cerita kami. Dan sye, tak mahu melupakan peristiwa hari itu. Walupun susah, walaupun sedih, walaupun masih menyakitkan, sye kena tulis. Sebab di masa depan, sye sendiri nak baca, dan pastikan sye tak lupa. Tak lupa akan ujian Allah ni, yang menunjukkan yang Tuhan masih sayang kami. Dan, sye juga tak nak terlupa yang anak kedua sye, yang kami namakan Muhammad Yusuf Hamzah sedang menunggu kami di pintu syurga nanti. Insyaallah.

Sye tak sangka, yang impak keguguran tu amat-amat mengganggu perasaan sye. Tapi, memang logik minda, kandungan sye masa tu dah masuk 4 bulan umurnya. Dan kasih ibu, kehilangan anak tercinta, walaupun masih belum bertemu, hati tetap rasa sayu. Dan sampai hari ni, hari-hari sye ingatkan dia. Rindu, rindu yang amat. Tapi, sye redha. Sye harus redha. Dan sye terima dengan hati terbuka. Ada yang lebih baik menanti, sye percaya.

Macam mana keguguran boleh terjadi, sye pun tak tahu. One minute, everything was fine. Checkup sebelum tu pun, semuanya OK. 27 haribulan tu, tiba-tiba sye mengalami bleeding. Kat hospital, masa scan, sye tak nampak denyutan jantung anak kecil dalam perut ni. Masa tu, sye amat sedih sekali. Seeing your child in your womb, not moving with no heart beat, sangat menyedihkan. Dan ia sesuatu pengalaman yang sye harap takkan ada mana-mana ibu lain perlu hadapi. Walaupun kenyataannya ini berlaku setiap hari, I really do not wish it upon anyone. Sangat-sangat menyedihkan. Dan lebih menyedihkan, nasihat doktor untuk biarkan anak keluar secara semulajadi menjadikan 5 hari itu hari-hari yang suram buat diri sye dan kami sekeluarga. Hari-hari sye berdoa agar dia tak keluar, supaya dia duduk dalam rahim mama lama-lama. Jangan tinggalkan kami sekeluarga. Tapi, sampai masanya pukul 3 pagi akhir bulan tu, dia keluar juga. Dan Subahanallah, cantiknya dia! Sye tak pasti macam mana keguguran orang lain berlaku. Tapi, Yusuf keluar dulu, cantik, comel dan bersih. Beberapa minit lepas tu baru keluar placenta, darah dan uri. Masa di hospital pun Nurse-Nurse bertanya sye cucikan ke? Tak, sye kata. Dia keluar dulu, dan sye cepat-cepat angkat dia. Nurse siap ambik gambar sini sana. Haha. Memang dah cukup sifatnya. Mr. Hubby yang mandikan dia untuk solat jenazah kata dia dapat pegang semua jari 10 dah ada. Alhamdulillah, dah cukup sifatnya. Dan, pada hari yang sama masa sye kena masuk Operation Theater untuk proses pembersihan rahim, dia selamat dikebumikan oleh bapaknya.

Haish, berhari-hari jugak sye menitikkan air mata. Bila terkenang je, sedih dan rindu yang tak terkata. Tapi, Alhamdulillah, masa dan support yang sye dapat dari keluarg terutama Mr. Hubby sye menjadikan sye kuat semula. =)

Dan, harini, dah habis pantang sye.
Oh, macam la pantang amat! Ptuiii! Pantang koboi je. Cuma 2 minggu pertama di rumah ibu sye, memang betul-betul jaga. Kata orang, pantang keguguran ni lagi hebat dari pantang bersalin. Tapi betul, masa berurut tu, sakitnya tak terkata! Dan harini sye dah rasa sihat macam sediakala. Insyaallah, semua akan kembali normal macam biasa.

Dan, walaupun atas nasihat doktor, kena tunggu 6 bulan untuk berisi semula, sye tak serik.
Kami akan terus berusaha untuk anak ke-3.
Insyaallah.

Haritu, ada juga suara-suara sumbang yang dengan senang hati menyenaraikan sebab-sebab kemungkinan kenapa keuguran berlaku terhdap sye. Sebab selalu dukung anak la, sebab masih susukan anak lah, sebab sye buat kerja banyaklah. Hai lah manusia, itu semua ketentuan Allah. Kalau sye goyang kaki sepanjang masa pun, kalau Allah nak ambil kandungan sye, Dia lebih Maha berkuasa kan?
Jadi, sye ambik tak peduli je kata-kata mereka. Ini bukan salah saya.

Hidup harus diteruskan.
Sye masih ada si Kakak ni yang perlukan sepenuh perhatian! =)

*sigh* I wonder when did she become so big =)

Wah, panjang entri kali ni.
Terima kasih yang sudi membaca.
Dan lepas ni, nak sambung blogwalking kembali. =)

xoxo
Deez

P/S: Nanti cerita aktivit berpantang bagi mengekalkan kesiuman diri! Haha =P

8 comments:

Acik Erna said...

assalam ren..alfatih buat muhammad yusuf..
kawan opis acik baru bleeding hari jumaat lepas..dah 3 kali dia sms..tapi acik tak jawab..seba tk tu nk repon camna..ni kejdian kali kedua..yang pertam kali dah keguguran..kali kedua ni dah bleeding selama 3 hari..kesian ngan dia

Ren Din said...

Waalaikumusalam. Al-Fatihah.
Kesian nya. Takpe, Allah sayang lebih kat dia tu. =)

eKa said...

al fatihah... sedihnya dgr.be strong ok

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

al-fatihah.be strong ya.Semuanya ada hikmah yg tersembunyi, dear.u telah dipilih oleh Allah sebagai ibu kepada bidadara syurga,syukur...

Norsalmi said...

Salam Ren..
Al-Fatihah buat Muhammad Yusuf.
Moga Ren & suami tabah dgn ujian ini.. Yakinilah bahawa segala yang berlaku adalah yg terbaik buat kita..
Adik akak juga pernah bertarung nyawa setelah 3 kali keguguran. Alhamdulillah, kini dah ada 4 anak..

MulutPayau said...

Assalamualaikum dik...
Al-Fatihah..

Semoga Ren tabah dan sabar hadapi segalanya....akak pun pernah alaminya....kuatkan semngat ya dik....

jemarisuri said...

salam takziah dr sis..
semoga ren tabah menghadapi dugaan dariNya...sesungguhnya setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya.. banyakkan bersabar ye sis..

Post a Comment