❤ Dari Jemari Aisyah ❤

Ya. Assalamualaikum ❤.  
Dah tengok tajuk entri? Belum? Tengok sekali lagi. Ya. Hari ini, saya pengganti mama buat entri. Asyik-asyik mama je yang menulis. Bagi chance dekat saya pulak sekali sekala.


Nama saya Nur Aisyah. Mama dan bapak panggil saya Aisyah dan kadang-kadang kakak. Tapi ada masa jugak mereka gelarkan saya bulat, comel, baby, sayang dan macam-macam lagi lah. Saya pun tak faham. Tapi, kakak-kakak, aunty-aunty, uncle-uncle semua panggillah saya Aisyah saja please. Easy to remember, dan nak respon pun senang. Umur saya 1 tahun 7 bulan. Mama kata saya budak dah besar sekarang. Dan big girls don't cry. Saya memang bukan cry baby. Kalau mama saya kata yang sebaliknya, abaikan. Mama cuma bergurau semata. =)

 Ini saya. Cool kan saya berkaca mata?


Hari ni saya akan cerita pasal hobi saya bagi mengisi sehari-hari. Bila saya buka mata pagi-pagi, pertama-tama sekali, akan saya cari mama saya samada ada tak di sisi. Tapi, mama selalu degil. Dia akan gone pagi-pagi. Saya tak suka bila mama tak ada kat tepi. Pusing-pusing, kadang-kadang bapak ada di sisi sebelah lagi, kadang-kadang bapak pun tak ada sekali. Kalau bapak ada, saya ok. Tapi, kalau tak ada juga, menyampah! Saya akan jerit kuat-kuat 'mana semua orang ni?!!!!' Dan pasti, mama atau bapak akan datang berlari. Kadang-kadang pulak mereka ada dua-dua dan still tidur lagi. Time ni saya paling seronok sekali. Dapat korek-korek biji mata mama dan gigit-gigit tangan bapak. Mereka nanti jerit-jerit keseronokan. Best tau! Tak kiralah mereka datang berlari ke, atau saya yag kejutkan, sesi selepas itu adalah sesi wajib yang saya mahukan. Sesi cuddling manja. Saya teramat suka ke tahap addicted bila mama peluk-peluk saya, gosok-gosok perut dan kepala saya. Kalau tak dapat, rasa hari tak sempurna. Mama kata saya budak manja. Sebenarnya, saya saja, nak bagi kasih sayang lebih kat parents saya! =)

 Mama ni memang suka peluk saya begini


Lepas sesi cuddling tamat, masa untuk mandi pula. Oh, ni highlight of the day saya. Mandi memang seronok. Water is fun, I love water! Maka bapak selalu menggelar saya WATER PRINCESS. Saya suka! Sebab selalu kalau bapak sebut water princess, dia akan bawa saya pergi main water. Selalunya bapak bawak pergi water dekat rumah kami je. Tapi saya seronok, sebab sangat sejuk. Mama selalu celup-celup kaki dalam air dulu untuk test water. Dia akan kata air sungai ni sejuk sangat. Tapi saya tak kisah, dah sampai, mesti kena terjun itu sungai! Kalau hari bapak tak go to work pulak, bapak akan bawak saya pergi water lagi jauh. Jauh sangat. Sampai selalu saya duduk dalam kereta, menikmati keindahan hutan, tapi sebab kejauhan akan tertidur atas mama. Dan bila mama kejut dah sampai. Water yang jauh ni lagi seronok. Water sangat sejuk, ada water jatuh dari batu tinggi dan ada slide sekali. Oh weeee.... slide dan water? My 2 most favorite things. Bapak ini memang cool lah bawak saya ke tempat macam ni. I love you Bapak. =)

 Ini saya di pantai

 Ini saya di sungai

Ini saya dalam pool mandi buatan. Itu cousin saya Qistina

 Ini saya bermain air di fountain penuh ikan

Saya ni macam mama kan? Suka lari topik. Ok, kembali. Lepas mandi yang lama dan memuaskan hati saya, hobi makan pula mengisi ruangan masa. Kalau bab makan ni, mama saya memang suka sekali. Dia akan seronok bila saya makan bertubi-tubi. Maka, amcam-macam makanan mama suapkan untuk saya sehari-hari. Tapi, itu dulu. Kini, saya kan big girl. No more mama. No more suap-suap. If you want me to eat, saya nak makan sendiri. Kalau mama degil nak suap jugak saya buat-buat merajuk taknak makan. Well, I am a big girl kan, mana ada big girl makan bersuap. Maka, mama akan pasrah membiarkan saya makan sendirian. Sangat fun! Angkat-angkat makanan, picit-picit ikan, sepah-sepahkan crakers. Itu semua fun. Dan mama juga seronok kan, lepas tu boleh main kutip-kutip makanan. Saya baik hati kan?? =)

Hari ni mama fasting, maka mama bagi saya makan ini dulu. Tapi ini yummy! =)

Talking about makan, saya memang suka makan. And my most favorite food in this whole wide world is spaghetti masakan mama saya dan fish. Apa jenis fish pun walau dimasak macam mana pun amat yummy. I love fish. Some of the other foods yang saya suka juga; bihun goreng, nasi briyani, nasi ayam, chicken and beef mini cocktail, fried eggs, and cookies. Tapi, yang lagi lagi lagi saya gemar ialah CHOCOLATE dan AISKRIM. Oh yummy! Saya sangat suka bila mama dan bapak treat saya untuk makan chocolate atau aiskrim. Mereka sangat awesome lah bila mereka belikan saya ini semua. Time makan memang masa saya appriciate mereka berdua. Kiss kiss nom nom kiss kiss munch munch. =P

 Tutti Fruitti itu amat sedap tahu

Hobi saya yang seterusnya lagi adalah berlari-lari. Oh my my, saya suka lari. Saya lagi seronok tengok mama lari lari semasa kejar saya lari. Itu lagi seronok dan funny. Saya tak tahu kenapa dari dulu saya tak lari. Kalau saya tahu betapa fun lari ini, dari baby lagi saya akan cuba berlari. Tak apa, sekarang saya dah tahu dan akan balas dendam untuk lost time itu. Berlari-lari ke mana-mana pun sangat menggembirakan hati. Pernah sekali saya tengah run dengan laju, dan terserempak dengan seekor woof woof di taman itu. Wah! Saya sangat excited tapi takut bila woof woof tu pandang saya semacam. Nasib baik mama jadi penyelamat saya dan carry saya laju-laju. Tapi saya bukan big girl yang mudah serik. Saya sambung lari-lari lagi di bahagian lain taman selepas iu. Tak syok kan berhenti buat benda fun sebab ketakutan. Tapi, mama saya ada limit nya. Di hari-hari tertentu, mama memang tak fun. Lagi-lagi kalau waktu makan di luar. Mama akan suruh saya duduk di atas kerusi dan jangan lari-lari. 'Belajar manner' kata mama. Oh, mama ni tak fun lah. Pfttt!!! Tahu tak duduk atas kerusi ni senyap-senap amat boring la mama. Tak fun! Tapi lepas tu, mama akan compensate untuk saya. Dia akan biar saya lari mana-mana lama-lama sambil kejar-kejar dan ocassionally jerit-jerit. Oh, fun tu dah kembali semula! =)

Mama letak saya dalam ni sebab tak kasi saya lari

 Kenapa mama tak faham running itu buat saya rasa free?

 Sekali lagi mama denda saya duduk dalam kerusi. Boohoooo mama

Kan lebih seronok begini

Saya ada obessi pada 2 benda. Pertama, disebabkan lari itu fun, saya dah develop satu obsessi terhadap kasut. Yes, shoes. Saya sangat suka shoes. Entah kenapa. Mungkin sebab shoes itu buat saya dapat lari laju-laju. Maka, setiap kali kami pergi visit shops, saya akan mencari shoes. Oh shoes, sangat banyak shoes yang cantik dan cute di luar sana. Bagai nak gila bila melihatnya. Dan depending on mama and bapak punya mood, ada masa saya akan dapat shoes baru dan ada kala tidak. Tapi shoes saya ada di merata-rata. Dalam rumah, outside di shoe racks, dalam kereta dan even di rumah nenek dan grandpa. Cantik-cantik tau shoes saya. Obsessi kedua saya pula adalah books. I love books. Mama kata books akan buat saya pandai. Dan saya suka bila orang panggil saya clever girl. Maka, saya suka pada books yang boleh buat saya jadi clever.
Clever tak saya? Hihi

 Antara koleksi kasut saya - ANTARA *i love shoes*

 Ini buku cantik time baru beli. Sekarang? Pftt!! cantik itu hanya pada mata! =P



Ok lah. Saya rasa saya stop di sini dulu. Mama da panggil-panggil saya nak bagi minum susu. Rugi nanti kalau tak minum susu tu. Susu mama kan best sekali in the world. Dan lagi sambil minum sambil boleh cuddle. Seronok kan?


Sampai jumpa lagi. =)


xoxo
Aisyah

P/S: Alamak, saya terlupa cerita hobi buat painting dan main swing! Mungkin di hari lain nanti. =)

❤ Khamis Malam Yang Indah ❤

Assalamualaikum.
Blog dari bilik tidur. Temankan si kecil yang baru terlena. Sementara menanti si ayah pulang.
Perut pula tetiba je berlaga-laga. Haih. Lupa, dah nak puasa!

Ok la,
Cakap pasal puasa pun best jugak.

Sye ingat. Dulu-dulu masa tadika sye sekolah cina. Memang tak pernah makan makanan yang dibagi kat sana. Emak sye dengan taatnya akan buat bekal hari-hari kat sye. Kalau kelam kabut tak sempat pun, roti sapu jem dengan mentega pun jadilah. Time tu pulun je. Budak-budak, dapat  makan dah cukup suka. Tapi dah besar sikit kalau bekal roti memang tau mencebik je! Memang, ntah dari mana tah belajar sombong makan. Nak makan yang sedap-sedap je. Mak sye la yang kesian, tonggang tonggek kat dapur. Sye suke la kalau dapat bekal nasik goreng ka, bihun goreng ka, ayam goreng ka. Penat orang tua tu tak mau pikir. Sekarang dah tua baru sedar. Sorry mak! I lap you! Terima kasih hari-hari bangun buat sarapan dan bekal untuk si doremon gemuk ni time dulu-dulu. Eh, dah tersasar. Kembali pada cerita asal. 6 tahun masa tu, bulan puasa, tergedik jugak nak puasa. Oh, memang kuat kau! Sehari tahan. Tapi time berbuka, mak kata minutes lagi ni, tengok air bandung, tak tahan, berbuka 5 saat awal. Cet!!! 

Masuk sekolah rendah. Time darjah satu, taat perintah Tuhan. Ya, sebulan aku pulun. Puasa penuh yuolsss!!! Jangan jeles! Geli! Haha. 

Darjah dua dan tiga, penuh jugak sebulan.

Masuk darjah empat, setan dah mula cuit sini sana. Hah, mana mak tau. Mati-mati ingat sye puasa penuh. Tapi time tu, sembunyi-sembunyi minum air dalam tandas. Kotor punya orang.

Darjah lima, seronok tengok kawan instimewa, cuti datang bulan. Pun dia sibuk jugak bercita-cita nak datang bulan. Lingkup lagi tak cukup sebulan.

Darjah enam, tau malu dah kot. Tak lagi curi-curi makan minum sini sana. Dah belajar jadi manusia. Sebulan penuh puasa. Rasa seronok time tu. Tahun depan nak puasa penuh jua!

Masuk tingkatan satu, dah jadi dewasa. Dah jadi yang istimewa. Tak dapat lagi nak puasa penuh dengan bergaya. Sedih rasanya.

So, moral of the story, PUASA BIAR PENUH YE ADIK-ADIK YE! Rugi nanti dah tua-tua baru terhingin nak puasa penuh tapi tak berjaya. =P

Insyaallah. Sye bukan perempuan yang sempurna. Bukan hamba yang sempurna. Bukan isteri, emak, anak, menantu, adik, kakak mahupun cucu yang sempurna. Tapi, semperna bulan Ramadhan yang mulia, sye akan cuba sedaya upaya meningkatkan amalan pada yang Esa dan memantapkan diri untuk jadi orang yang lebih better.

Salam Ramadhan semua! =)

Ren Din

❤ of dreams and hopes ❤

Assalamualaikum.
Entri kali ni adalah ranting semata-mata. Kalau kalian menyampah maafkan sye. Tapi ini luahan perasaan hati sye.

I had been doing a lot of thinking lately. Turns of events had resulted with me having minor insomnia problems which give me chances to look back at my life this past years. How my life had change and continue changing. How I AM changing from day to day.

Don't get me wrong, I totally love my life right now. But I come to realize that I'm liking myself less and less. It's a problem I have to fix before it become a cancer that would eat me alive wouldn't it? *sigh* How many people are not understanding what I am saying right now, please raise your hands. #epicfailure

Well, it is like this.
I was the kind of girl that never really get along with others. I was the girl that had something to say and said it well, regardless of what other might think. I went with my own flow, I did not follow others and I did not need others following me. I did things on my own terms. Some liked me, some adored me, little even thought I was cool, some felt indifferent towards me, some thought I was weird, and a quite huge amount hated me for who I was. I had never cared though. Cause in the end, I knew, that I would always be the one that people would run to in one situation or another. I was THAT confident. I HAD MY OWN PLACE IN THIS WORLD. Friends run to me to gossip, sisters and brothers run to me for their problems, lecturers talked to me on matters, bosses needed me to boss around during meetings, enemies came to me for fair fights. I knew who I was and what I was supposed to do. Adakah now, I tak ada place in this world anymore? Tapi sye masih wujud disini!

And I had plans. BIG PLANS. For the future. Not the kind of plan that will put my name on the map. Not plans that will make me a well known success in the country. No. Just big plans for my own self. Plans that would make me happy fulfilling them. Or in other words, dreams. Beautiful dreams that put glimpse of hopes in facing the future.

But then, something happened. Something wonderful. Even far more beautiful than my lists of dreams. I fell in love. Yes, Mr. Hubby was my first true love. Corny truth, I swear. And it changed everything. I was back then ready to travel, learn about the world, face the hardship of life with a bunch of friends, in a new country, taking up on new experiences. But I dropped all of that - in a blink of an eye. Small price for having true love I assumed. And still think so too. Before him, I planned to get married when I am 30. Yes, it matter that much back then. But o well, I met Mr. Hubby on August 2008, became exclusive on October 2008, get engaged on March 2009 and married by Jan 2010. And it all happened so fast, so wonderfully fast. And by Dec 2010, I was a MOM. A new kind of something! I tell you what, those rapid decisions,those decisions that I made every step of the way, was, still and are going to be the best decisions in my life. I have no doubt about that. And I am thankful.

Soooo, what the heck is this ranting is all about?

It is about me. A girl, now a woman, who though claimed that she love her life (which I do so so much), is losing herself. Losing the self that she loved. The uncaring reckless person she was. I mean, when you are a mother, how can you become reckless right? You are responsible for the life of your child and possibly others. And all of the sudden, you have got to become an adult. Yes, that's it. I missed being a child. That is possible right? I mean, I used to be so brave, so courageous. But I can't be anymore. I am constantly afraid. Afraid of bad things happening to my child, my family. When my child was first born, I was most afraid. My fear was building up, higher than the KL tower. Tak tipu, takut macam-macam. Crazy? Duhhhh... Being mature suck!

BUT,
when I thought about it further, (ok, ini entri membebel yang panjang gila) it is possible that this everyday routine is what had been bugging me. Doing the same things again and again everyday is giving me a bore. Note me right, routine bores me, not my child. I mean, I miss having an adult to talk to, to be around people, to hang out freely (mind and soul), to share inside jokes with those who understand, to fight with all the wrong people. Right? The passion of being alive I guess. Does anybody gets me? #keliru

Well, to sum it up.
I am happy but I am not?
Apakah?
Ada sapa-sapa yang juga berperasaan seperti sye?
Tolong kongsi cerita supaya sye tak rasa seperti sye ni gila.
Or is there really something's wrong... with me? Or my family?
Tak faham diri sendiri!
Istifar la banyak-banyak Ren.

Kalau anda masih membaca, terima kasih atas kesetiaan mendengar bebelan sye ini.
Entri lepas ni dah tak pasrah lagi. Mungkin.

Selamat Malam Dunia! 

xoxo
Ren Din

❤ Cerita Pantai ❤

Assalamualaikum ❤

Cerita pantai ni dah berkurun lamanya. 2 minggu sudah. Memang perempuan ni lagging tahap maksima! =D

Kami ke Terengganu, ada majlis kahwin sedara-sedara belah sye. Dan dah sampai Terengganu tu, ambik peluang la untuk berjimba sekali sekala. Si kecik ni kan memang suka berendam. Kalau ke sungai tu, seminggu 3 kali pun tetap tak puas. Tapi ni first time Aisyah jejak kaki ke pantai. Sangat funny! =)) Mula-mula dia geli bila kaki pijak pasir halus mulus tu. Suruh mama dukung. Oh, tapi dah tengok kelibat air, dia jump turun, berlari-lari ke air. Ini budak sikit takut pun takda. Mama yang terjerit-jerit macam orang gila! =P

Dan disebabkan petang tu dah sampai lewat, sempat main air sekejap je. Mulalah jenuh nak memujuk untuk balik sebelum maghrib menjelma. 
Esoknya,pagi-pagi, mama dan bapak bawak Aisyah berendam di pantai semula. Sempat lagi, curi-curi masa before bertandang ke rumah kenduri sedara. 


 First time menjejakkan kaki di pantai
Getting closer
 And closer
Testing power
Professional pantai lover =)

Masa duduk-duduk melayan kerenah anak tu, sempat sye bernostalgia. This used to be my playground, the exact beach. Memang dulu rumah kami betul-betul depan pantai ni. Sangat menyeronokkan. Tiap-tiap petang memang akan berjalan ke pantai. Ahhhh, how I missed those days. Kat KL ni mana la nak carik rumah tepi pantai kan. Iskh, ruginya, kesiannya anak sye yang mungkin takkan dapat pengalaman main di tepian pantau hari-hari. Tapi tak apalah, rezeki kami di sini. Dapat tunjukkan pantai sekali-sekali pun dah kira memadai. Alhamdulillah. =)

Aisyah, kalau anak mama sedang baca ni, tengok video kat bawah, ketahuilah anakku, time ni, mama sedang rasa amat bahagia. Terima kasih for being anak yang ceria. =)



xoxo
Ren Din

❤ Vocab Aisyah ❤

❤ Assalamualaikum semua.
Selamat pagi. Khamis yang indah kan? And it's cold!!!! Suka! Harapannya, bulan puasa nanti cuaca mcm ni juga. Sejuk dan tenang je. Seronot!

Akhir-akhir ni, kakak Aisyah suka berceloteh. Potpetpotpet sini sana. Suka dengar. Walaupun tak berapa nak jelas, dah banyak perkataan-perkataan yang kita boleh faham sikit-sikit. And everyday, sye cuba terapkan vocab-vocab baru untuk training dia bercakap laju-laju. Tapi, dia memang suka cakap, tak macam mama, ikut bapak ni. Dan bila dia baca buku, bahasa tagalog, tamil, cina, arab semua keluar. But truth be told, it's very exciting ever time she opens her mounth, tertunggu-tunggu perkataan apa yang akan keluar next. =)

Vocab kesukaan dia buat masa ni:
NAK
HABIS
DAH
POKOK
BUSUK
BOLEH LAAAAA...

Yes, dia juga anak yang pandai memujuk.
Boleh laaa..... mamaaaaaa.... sambil kebil-kebil mata dan cium-cium pipi.
Oh, ibu mana yang tak cair!
Dan mama selalu kalah. Haish!
Tapi ikut keadaan lah kan. Kalau semua mama mengalah, nanti tak membina keperibadian. Oh, memang mencabar kerja menjadi ibu ni yer.

Bonus hari ni, jom layan video Aisyah ni =)

 


Ok. Masak time. Jumpa lagi.
Have a nice day kawan-kawan! =)

xoxo
Ren Din

❤ wordless wednesday 001 ❤

Because I'm having writer's block. KONON! =P




Hobi terbaru masa kini. Kejap-kejap 'Ma, bubble, bubble'. Setiap masa pun nak mandi bubble. =)

xoxo
Ren Din