❤ Cerita Pantai ❤

Assalamualaikum ❤

Cerita pantai ni dah berkurun lamanya. 2 minggu sudah. Memang perempuan ni lagging tahap maksima! =D

Kami ke Terengganu, ada majlis kahwin sedara-sedara belah sye. Dan dah sampai Terengganu tu, ambik peluang la untuk berjimba sekali sekala. Si kecik ni kan memang suka berendam. Kalau ke sungai tu, seminggu 3 kali pun tetap tak puas. Tapi ni first time Aisyah jejak kaki ke pantai. Sangat funny! =)) Mula-mula dia geli bila kaki pijak pasir halus mulus tu. Suruh mama dukung. Oh, tapi dah tengok kelibat air, dia jump turun, berlari-lari ke air. Ini budak sikit takut pun takda. Mama yang terjerit-jerit macam orang gila! =P

Dan disebabkan petang tu dah sampai lewat, sempat main air sekejap je. Mulalah jenuh nak memujuk untuk balik sebelum maghrib menjelma. 
Esoknya,pagi-pagi, mama dan bapak bawak Aisyah berendam di pantai semula. Sempat lagi, curi-curi masa before bertandang ke rumah kenduri sedara. 


 First time menjejakkan kaki di pantai
Getting closer
 And closer
Testing power
Professional pantai lover =)

Masa duduk-duduk melayan kerenah anak tu, sempat sye bernostalgia. This used to be my playground, the exact beach. Memang dulu rumah kami betul-betul depan pantai ni. Sangat menyeronokkan. Tiap-tiap petang memang akan berjalan ke pantai. Ahhhh, how I missed those days. Kat KL ni mana la nak carik rumah tepi pantai kan. Iskh, ruginya, kesiannya anak sye yang mungkin takkan dapat pengalaman main di tepian pantau hari-hari. Tapi tak apalah, rezeki kami di sini. Dapat tunjukkan pantai sekali-sekali pun dah kira memadai. Alhamdulillah. =)

Aisyah, kalau anak mama sedang baca ni, tengok video kat bawah, ketahuilah anakku, time ni, mama sedang rasa amat bahagia. Terima kasih for being anak yang ceria. =)



xoxo
Ren Din

4 comments:

faraherda. razalan said...

Sy pun rindu pantai. Sy enjoy Terengganu. Tak pnh puas klu balik sana.

lia said...

pantai mana?

kg lia kat pantai batu burok tp la ni x ley mandi da, dulu kecik2 selamba jer jalan kaki p mandi...

Ren Din said...

Memang seronok lagi2 kalau sekali sekala ni @faraherda

Ni kat pantai teluk lipat dungun. Balik basah2 sgt seronok kan lia

norhidana said...

bestnyer main di tepi pantai... akak pun suke jln2 tp pantai time balik kg kt kerteh...

Post a Comment