❤ Khamis Malam Yang Indah ❤

Assalamualaikum.
Blog dari bilik tidur. Temankan si kecil yang baru terlena. Sementara menanti si ayah pulang.
Perut pula tetiba je berlaga-laga. Haih. Lupa, dah nak puasa!

Ok la,
Cakap pasal puasa pun best jugak.

Sye ingat. Dulu-dulu masa tadika sye sekolah cina. Memang tak pernah makan makanan yang dibagi kat sana. Emak sye dengan taatnya akan buat bekal hari-hari kat sye. Kalau kelam kabut tak sempat pun, roti sapu jem dengan mentega pun jadilah. Time tu pulun je. Budak-budak, dapat  makan dah cukup suka. Tapi dah besar sikit kalau bekal roti memang tau mencebik je! Memang, ntah dari mana tah belajar sombong makan. Nak makan yang sedap-sedap je. Mak sye la yang kesian, tonggang tonggek kat dapur. Sye suke la kalau dapat bekal nasik goreng ka, bihun goreng ka, ayam goreng ka. Penat orang tua tu tak mau pikir. Sekarang dah tua baru sedar. Sorry mak! I lap you! Terima kasih hari-hari bangun buat sarapan dan bekal untuk si doremon gemuk ni time dulu-dulu. Eh, dah tersasar. Kembali pada cerita asal. 6 tahun masa tu, bulan puasa, tergedik jugak nak puasa. Oh, memang kuat kau! Sehari tahan. Tapi time berbuka, mak kata minutes lagi ni, tengok air bandung, tak tahan, berbuka 5 saat awal. Cet!!! 

Masuk sekolah rendah. Time darjah satu, taat perintah Tuhan. Ya, sebulan aku pulun. Puasa penuh yuolsss!!! Jangan jeles! Geli! Haha. 

Darjah dua dan tiga, penuh jugak sebulan.

Masuk darjah empat, setan dah mula cuit sini sana. Hah, mana mak tau. Mati-mati ingat sye puasa penuh. Tapi time tu, sembunyi-sembunyi minum air dalam tandas. Kotor punya orang.

Darjah lima, seronok tengok kawan instimewa, cuti datang bulan. Pun dia sibuk jugak bercita-cita nak datang bulan. Lingkup lagi tak cukup sebulan.

Darjah enam, tau malu dah kot. Tak lagi curi-curi makan minum sini sana. Dah belajar jadi manusia. Sebulan penuh puasa. Rasa seronok time tu. Tahun depan nak puasa penuh jua!

Masuk tingkatan satu, dah jadi dewasa. Dah jadi yang istimewa. Tak dapat lagi nak puasa penuh dengan bergaya. Sedih rasanya.

So, moral of the story, PUASA BIAR PENUH YE ADIK-ADIK YE! Rugi nanti dah tua-tua baru terhingin nak puasa penuh tapi tak berjaya. =P

Insyaallah. Sye bukan perempuan yang sempurna. Bukan hamba yang sempurna. Bukan isteri, emak, anak, menantu, adik, kakak mahupun cucu yang sempurna. Tapi, semperna bulan Ramadhan yang mulia, sye akan cuba sedaya upaya meningkatkan amalan pada yang Esa dan memantapkan diri untuk jadi orang yang lebih better.

Salam Ramadhan semua! =)

Ren Din

4 comments:

lia said...

teringat lak kenangan poser zaman kecik dulu ;)

Salam Ramadhan..

norhidana said...

heheehe zaman kanak2 mmg banyak yg menghiburkan...
selamat berpuasa dik...

ieja amieja said...

hehe..teringat akk dulu..masa darjah 3-4 pun pernah curi2 minum air..mak ingat kita pose..ye la kan blk sekolah nek bskl jauh lak tu..lupa pada yg satu kat atas tu nmpk..

ros_reeza said...

Salam perkenalan :)

salam Ramadhan juga :)

banyak sanagt kenangan puasa masa kanak2 dulu.. hihiihi

Post a Comment