❤ Update Campur-Campur ❤

Assalamualaikum.
Wah, lama gila tak update blog. Bersawang lagi blog kami ni.
Tapi takpe, tak berblog tu tandanya tak ada masa, tak da masa tu maknanya busy la, dan busy tu melayan kerenah anak manja dan buat kerja rumahtangga. Campur tolak darab bahagi, maknanya, sye on the way jadi surirumah berjaya. Tak gitu? Hihi =P

Disebabkan kekangan masa ni, (cheewah konon, orang kerja pun boleh update blog hari-hari la wei). Ok, tukar, disebabkan sedikit kesibukan dan kemalasan menggunung untuk menghadap PC, maka kali ni nak buat entri rojak campur-campur sekali. Alah, tak salahnya, esok lusa Aisyah baca dia kata syok juga hari-hari bersama mama ni yer =)


First sekali, Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. Alahai, cepat betul kan masa berlalu. Rasa sekejap sangat. Dan banyak lagi amalan yang boleh dibuat dan diri sye perbaiki. Moga-moga Allah bagi lagi kesempatan pada kita untuk menghadapi Ramadhan tahun depan lagi. Bayangkan kalau ni Ramadhan terakhir kita. Rugi kan? 

Beberapa minggu ni sebenarnya tak banyak sangat perkara yang terjadi. Cuma Mr. Hubby ada lebihan cuti yang agak banyak sebelum raya nanti. Maklumlah raya nanti dia tak cuti, so boss pun ambik hati kot bagi pulun habis-habis denagan anak isteri. Dan maka, bila Mr. Hubby cuti, kami memang seronok sekali. =) Tak ke mana-mana pun, cuma duduk rumah dan habiskan masa bersama-sama dengan si cilik penghibur hati.

Sekejap je dah sebesar ni

Persiapan raya kami pun kecil-kecilan je kali ni. Dah nama pun tak cuti, tak raya la gamaknya. Tapi takpe, janji si kecik joli. Nak dijadikan cerita, dah memang rezeki Aisyah kot, hari tu, sye nampak The Store warehouse sale dekat bangunan dekat-dekat rumah kami. Dan tak tahu menahu pun apa tu, tapi kat luar tu nampak banyak sangat tupperware and bekas-bekas simpan makanan. So, ajak la Mr. Hubby dengan tujuan nak belikan bekas minuman Aisyah yang asyik pecah sana sini. Masuk-masuk bangunan rupa-rupanya sale jual segala bagai baju-baju, seluar dan aksesori. Apa lagi, dah rezeki, pulun la untuk si kecik kasi kaw-kaw kali ni. 80-90% kan, bukan senang nak cari. Alhamdulillah, bertuah si anak kali ni. Dia pun seronok kemain la lagi. Hari-hari nak check baju baru - chantiikkkk katanya. Hai la anak, mama zaman besar-besar kamu dulu apa nenek bagi, tu la yang dipakai. Anak sekarang, nak pakai baju hari-hari pun mau pilih sendiri! =D Beza kan kanak-kanak zaman dulu dan sekarang ni.

 Rezeki Aisyah ni. Bukan nak menayang tapi tengok tag harga tu rasa seronok kan? =)



Oh, dan haritu, masa sye sedang berdua-dua dengan Aisyah, tiba-tiba terperasan lalunya seekor lipan kat tepi. Malam sebelumnya hujan lebat pulak tu. Maybe dari mana-mana la kot datangnya lipan ni. Sye denagn kelajuan tahap maksima mengalahkan Superman angkat Aisyah dan letak dia dalam cot. Nasib baik la nampak mana dia lari. Dah la lalu betul-betul tepi anakku! Ya Allah, nasib baik tak kena gigit! Dan dengan keberanian yang agak malu-malu ayam, berbekalkan sebatang payung besar dan spray ridsect, sye pun menyerang kembali lipan itu. Rasa bersalah pun ada bunuh, tapi daripada anak sye kena gigit, baik sye hapuskan dia dulu. Huhu, masa tu terasa amat superheroic sekali. Kalau sorang-sorang, mampus tak kejar dah benda alah tu. Biar je, tukar-tukar baju, keluar rumah tunggu sampai exterminator datang. Masa tu baru sedar kekuatan diri sebagai seorang ibu. *sobs* I'm growing, yes I am, yes I am.

 Lipan ni dah mati tak nampak heroic lagi. Patut mau ambik gambar sebelah tangan pegang payung sebelah lagi pegang ridesct. Baru nampak macho kot? =P

Lagi ceritanya, baru-baru ni ada beli satu bracelet baru. Yay! Sangat teruja dengan bracelet itu. Sebenarnya dah jumpa website ni berbulan-bulan lamanya. Dan dah banyak kali hint-hint kat Mr. Hubby kononnya nak bracelet masa birthdayku nanti. Tapi, tak tahan, terbeli! Haha #kasipenyepak Mr. Hubby yang baik hati melayan kerenah sye dan belikan bracelet idaman hati. Oh sangat bahagia. Terima kasih Mr. Hubby, I love you!!!! Memang kerja tangan Mei ni amat awesome-awesome sekali. Tapi kan, bila barang dah sampai semalam, harini blog tu update ada lagi bracelet yang terkenan di hati. Alamak! Camne ni? What say you Encik Hubbyku? =P

 Cantik kan? Weeeee Yay!

Semperna raya ni pulak, sye ada terjebak dalam aktiviti penghasilan sampul duit raa sendiri. Buat satu terasa comel, tambahlah satu lagi, eh, lagi lah satu ni, dan lagi, dan lagi. Macam syok pun ada buat benda kecik-kecik ni. Maka, tahun ni sampul duit raya sendiri, tak payah beli. Kalau sambutan menggalakan, tahun depan boleh la bukak bisness baru kan? =P

 Masih belajar teknik quilling ni

Cakap pasal raya, Aisyah umur 1 tahun 7 bulan main bunga api. Mama, as usual, terjerit-jerit kerisauan. Anak cool tak terkata. Haip, dia tengok api macam takde perasaan takut langsung. Dan bunyi mercun kuat mana pun, dia cuma akan kata 'Oh oh'. Failure la mama nak act cool bila Aisyah dah besar nanti. Mama memang tak cool lah ni. Tapi, bila sekali seluar dia terkena percikan api, esoknya mama ajak main lagi, terus dia kata 'nanak'. Haha kesian anakku trauma terkena percikan bunga api.

 Gambar ni muka macam tak seronok je pun


Dan akhir sekali, development Aisyah kini:

Dah pandai main sendiri-sendiri bila mama kata mama nak work ni.
 
Sangat suka main indoor playground. Lain kali mama shopping barang dapur, dapat bapak bawak Aisyah main-main camni.

Still sangat suka menggayakan tudung yang dijumpai kat sana sini.

Seronok jumpa maksu yang dah lama tak ditemui.

Dah pandai tengok camera dan senyum manis sekali!!!!! =)         

Ok lah.
Dah malam ni. Campur aduk sangat ni entri kali ni. 
Janji dah tak buat lagi.
Lain kali entri akan ada spesifikasi tersendiri. Mungkin. Haha

Selamat malam semua.
Dan selamat mengimarahkan hari-hari terakhir Ramadahan.

xoxo
Deez    

6 comments:

ANIM said...

sampul raya tu kak tempah tahun depan:D))
selamat hari raya utk rena seisi keluarga..maaf andai kak ada tersilap bicara di alam maya

::EIDA:: said...

Eh? sampul raya tu cantikkknyerrr !

Selamat Hari Raya jugakkk... =)

Kakzakie said...

Itu dia... lama bercuti banyak cerita kan..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya dari kakak buat Ren dan keluarga...

sudipVSsenduk said...

cantiknya quilling tu! berseni sungguh...

Hasrina said...

anak perempuan bestkan macam2 fesyen dan berpatutan harga. :)

selamat hari raya....

p.s.jelesnya kat aisyah...kakakni satu je baju raya. hehe

Cho Zila said...

selamat hari raya...
sibuk yerk... bila nak tunjuk baju tu di pakai oleh si comel...
memang sellau terbeli..

Post a Comment