❤ Busy Mencari Kerja ❤

Assalamualaikum.

Ya, busy mencari kerja. Orang takde kerja, tulah kerja nya. =)

Actually, senyap mencari sumber nak menambahkan rezeki. Dan membina website jualan atas talian sendiri dengan mencari ilmu di sana sini. Alhamrdulillah, dah terlancar pun bisness baru kami secara online dalam 2 3 hari. Sangatlah banyak yang perlu diperbaiki. Jadi sye merangkak hari demi hari. Takpa, janji sye nak mencuba perbaiki diri. Insyaallah, nanti ada yang membantu. Itu semua rezeki Allah yang bagi. Sekarang dalam proses nak up-kan stratergi marketing kami. Doa-doakan ye.

Jadi, kalau kalian ada masa, datanglah berkunjung ke kedai kami di sini atau like Facebook kami di sini. =) Kalau sudi, terima kasih daun keladi. Banyak tau buku-buku ilmiah dan educational toys untuk anak-anak yang boleh dibeli! Haha, boleh pulak promote bisness sendiri dulu.

Anyway, like usual, kalau berbunyi di blog ni, nak catat milestone si kecik kami. Oh Aisyah, sekarang ni, Oh my Aisyah! Haha, itu je yang boleh dikatakan. Subahanallah, ciptaan Allah yang ni, memang ligat sekali. Keaktifan dia buat mama ni hilang nafas hari-hari. Dan, akal, akal dia banyak sangat. Dan dengan itu, again, Mr. Hubby keep thinking she's a prodigy! Hahaha.... KALAULAH! Eh, tapi kalau betul, Alhamdulillah! =)

I keep thinking, Aisyah makin hari makin membesar. And I do not like it. I like this moment now, sekarang, kala keletahnya mengisi hari demi hari. Sangat seronok melayan kerenah dia kini. Kan dah mula faham itu ini, Ya Allah, hari-hari buat mama gelakkan itu ini, or maybe jugak jerit situ sini. =P

And she's a wonder. A wonderful brilliant kid. Terkejut kadang-kadang. Like this one time, kami keluar, dan sye nak menguruskan hal bank, maka tinggalkan dia dalam kereta with bapaknya. Dan bila sye masuk kereta, tengok bergenang air mata. 'Why la Aisyah? Kenapa nangis?' She came and hug me. Nak tau apa dia jawab? 'Mama, Aisyah sedih' Ok, sye yang dengar terus jadi tersedih juga. Padahal tak sampai 5 minit pun. Kemudian explain and explain baru dia nak senyum semula. Hai lah anak, you are growing up too fast for my liking!

Sekarang, dia sangat suka berkawan. Abang, kakak dan baby, semua kawan dia. Kadang-kadang, even pakcik naik lif sama-sama dipanggilnya abang. Erks, kembang semangkuk orang-orang disekeliling kami dah bertukar title lebih muda. Tapi, tak kisahlah, it's a good sign. Dulu, tengok orang je she'll run away duduk jauh-jauh. Now she can mingle with even kids older than her. Oh, kan sye dah kata, dia ni sedang membesar dengan jayanya. Tak lama lagi I will be too uncool to hang out with her. Kan?

 Friends, now I have friends


 Playing, playing is what's making her happy

 Ini ada cerita, dia main dengan kerusinya. Dan dia henyak-henyakkan kerusi sambil meng-inspect durabiliti kerusi kesayangan dia. *i'm watching from afar tanpa pengetahuan dia* Selepas 5 minit, skru kerusi tu dah tercabut dek diketuk-ketuk dan dihempuk-hempuk, dia pun berbunyi 'Uh Oh'. Kemudian cuba-cuba untuk duduk lagi. Usaha yang tak berjaya, dia datang kepada sye, bawak seat kerusinya, 'Mama, Alamak!' macam tak disengaja-sengaja; padahal nak oi, mama tengok kamu memang cuba menjahanamkan kerusi tercinta. Hah, tapi kalau tak dibiarkan, nanti dia tak jadi explorer, maka mama angguk dan kata, 'Ok, nanti kita fix chair tu ye!' '^_^

Dan kadang-kadang, bila kami kebosanan, kami akan buat art yang mengotorkan tangan, tapi meninggalkan senyuman.

Ragam =)

Oh, dia sedang memanjat set TV. Harus berhenti dulu. Bila nak sambung lagi sye pun tak pasti, nanti janji tak ditepati, sye dituduh menipu. Haha

xoxo

2 comments:

Karukord Jagau's said...

singgah sini bersama (^_^)<---(senyuman manis)

max said...

memang zaman sekarang nak susah sangat mencari kerja tuh

Post a Comment